south-china-sea-map-slide-2-data.jpg

PENGENALAN VISUAL DAN BUKAN PEMINTASAN

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Semalam kecoh media Malaysia dan Indonesia bercempera mengenai pesawat pengangkut C-130 milik TUDM yang dikatakan “dipintas” ketika dalam penerbangan dari Subang ke Labuan melalui perairan Kepulauan Natuna Anambas.

Pesawat kita itu dilaporkan di pintas 2 pesawat pejuang F-16 TNI-AU.

——————————–

Point 1 :

Laporan media canang Indonesia mengatakan TNI-AU mencegat pesawat C-130 TUDM.

Akan Tetapi amat aneh kerana jika benar F-16 mereka memintas Charlie kita, dah tentu pesawat kita dipaksa mendarat di Ranai, Natuna seperti mana yang pernah berlaku keatas pesawat-pesawat awam sesat yang memasuki ruang udara Indonesia.

——————————-

Hebahan media dari Kementerian Pertahanan Malaysia menyebut, berdasarkan laporan yang dikemukakan oleh krew Mega207, pesawat F-16 TNI-AU tersebut dikesan secara visual pada jam 1203H pada jarak 24 batu nautika dari Kepulauan Natuna pada ketinggian 23 000 kaki.

“The United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) is 12 Mile”

Sebuah lagi pesawat F-16 menghampiri MEGA207 dan berada pada jarak 1 batu nautika pada ketinggian 22 900 kaki.

Panggilan radio dibuat oleh MEGA207 keatas pesawat pejuang tersebut tetapi Tak mendatangkan maklum balas.

Pesawat F-16 tersebut kemudian beredar dari kawasan tersebut dan tiada insiden berlaku.

—————————-

Point 2 :

Tiada jawapan balas darihal perkara panggilan radio yang dibuat oleh MEGA207 keatas pesawat TNI-AU tersebut.

Dan tindakan yang dibuat oleh pesawat pejuang mereka jelas menunjukkan yang mereka dalam proses mengenalpasti secara visual pesawat yang melalui ruang udara tersebut.

Jika benar MEGA207 dipintas, maka sudah pasti ada pertuturan melalui radio yang mana ia Adalah standard pemintasan yang mahukan pesawat yang di pintas untuk mengikut arahan pesawat pemintas.

—————————-

Jadi jelas insiden ini Tak lain Adalah satu tindakan pengenalan visual keatas sasaran.

Jangan lupa, seputar minggu sudah Indonesia baharu saja di ceroboh oleh aset-aset angkatan pengawal pantai Republik Rakyat China dan barangkali kapal perang angkatan laut Republik Rakyat China yang menghampiri kawasan perairan Natuna Anambas.

Malah Tak mengejutkan jika sekiranya adanya kehadiran aset pengintipan elektronik dan isyarat yang dihantar oleh negara Nagamerah itu dalam cubaan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai peningkatan konsentrasi tentera di Natuna.

Kita sedia maklum, pangkalan tentera TNI-AL dan TNI-AU di Ranai dan Matak sedang menjalani proses modenisasi dan naiktaraf bagi menempatkan aset-aset yang lebih kredible dalam menghadapi lebih banyak ancaman dan pencerobohan yang datang dari utara Laut China Selatan.

Jadi tindakan Indonesia Adalah bijak sebenarnya dan Tak melambangkan satu bentuk tindakan agresif tetapi lebih kepada sikap berhati-hati cuma ia terlalu drastik.

Cuma ketiadaan kesefahaman (atau mungkin pihak TNI di Ranai Tak menyedari perjanjian tersebut) oleh pihak Indonesia mengenai garis panduan dan perjanjian 1982, Fasal III Artikel 8, para1 berkenaan pesawat udara kedua negara yang difahami kedua negara yakni Malaysia dan Indonesia berkenaan pengunaan laluan udara dan perkapalan. Ini menimbulkan kegusaran Malaysia dimana tindakan TNI-AU dilihat drastik dan boleh mengundang insiden yang Tak diingini.

Apapun ini menunjukkan satu indikasi dimana pihak Indonesia, terutamanya TNI sangat tegas dan aktif dalam kasus berkenaan pencerobohan wilayah, lebih-lebih lagi didalam keadaan dimana Laut China Selatan semakin menghangat dengan pertindihan wilayah dan tindakan-tindakan negara pesisir yang Tak menentu keatas Republik Rakyat China yang turut terlibat sama.

Apakah indikasi yang dapat kita ketahui dari insiden ini…?

1. Tahap kesiagaan pertahanan udara Indonesia Adalah ditahap tinggi, dengan pemantauan dan pengawasan ruang udara dengan radar pastinya dibuat sebilang masa – ini Adalah tindak balas langsung dari insiden pencerobohan yang dilakukan oleh pasukan pengawal pantai Republik Rakyat China sebelum ini serta cubaan menceroboh sebelumnya.

2. Keperluan untuk menghantar pesawat pejuang untuk melakukan pengenalan visual menunjukkan pihak TNI Tak mahu melakukan kesilapan dalam Menciptakan keputusan – seperti menembak dengan Tak sengaja pesawat sahabat, pesawat komersial atau pesawat negara tetangga yang melalui ruang udara internasional yang sah akibat tindakan Menciptakan keputusan secara melulu.

————————–

Syabas kepada Kementerian Pertahanan Malaysia kerana sangat tenang dan trampil dalam isu ini.

Diharapkan pertemuan Dato Seri Hishammuddin Hussein dengan bapak Ryamizard akan dapat Menyodorkan satu pencerahan dan jalan penyelesaian yang menguntungkan kedua dua Malaysia dan Indonesia.

-ikansadinmknorang-

p/s – rujuk hebahan media yang dilampirkan untuk pembacaan lanjut

Malaysia pernah banyak kali melakukan pemintasan tetapi kita menghormati perjanjian dan Tak membesar2kan kepada media

PENGENALAN VISUAL DAN BUKAN PEMINTASAN

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *