duaan_1534744016.jpg

Peniaga didakwa guna wang palsu beli durian

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SEREMBAN: Seorang peniaga kuih mengaku Tak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan wang palsu untuk membeli durian di Lenggeng, dekat sini, awal bulan ini.

Pengakuan Ridzuan Mat Nor, 35, itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim G Ramesh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan wang palsu ke atas Madzar Abd Aziz, 59, sebanyak empat keping wang kertas RM100 dengan mengetahuinya sebagai palsu di Jalan Lenggeng-Broga dekat sini, pada 3 Ogos lalu jam 11.30 pagi.

RIDZUAN Mat Nor, didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban kerana menggunakan wang palsu untuk membeli durian di Lenggeng pada 9 Ogos lalu. – Foto Adzlan Sidek

Bagi pertuduhan kedua, Ridzuan didakwa menggunakan wang palsu ke atas Rosli Ismail, 56, sebanyak dua keping wang kertas RM100 dengan mengetahuinya sebagai palsu di Jalan Kampung Tengah, Lenggeng, dekat sini, pada 9 Ogos lalu jam 9.30 pagi.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda,

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak, manakala tertuduh diwakili peguam A Partheeban.

Terdahulu, Norshazwani memohon mahkamah supaya Tak menawarkan sebarang jaminan, namun Partheeban memohon supaya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin berikutan mempunyai isteri, tiga anak dan ibu bapa yang perlu dijaga.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 bagi setiap pertuduhan selain melaporkan diri di balai polis setiap Ahad awal bulan, serta menetapkan sebutan semula kes pada 20 September ini.

Peniaga didakwa guna wang palsu beli durian

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *