Jenn_Brewer.transformed.jpg

Pentagon perkenal dasar insurans baharu untuk transgender

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ALEXANDRIA: Satu dasar baharu Pentagon melegakan pesara transgender tentera dan anak kepada anggota perkhidmatan aktif.

Bermula esok, insurans kesihatan tentera akan melindungi perkhidmatan berkaitan golongan transgender termasuk terapi hormon dan sokongan kaunseling.

Perubahan itu susulan keputusan Jun lalu bagi membolehkan anggota transgender berkhidmat dalam tentera. Secara kasar, tujuh juta pesara dan anak mereka yang menggunakan insurans kesihatan akan memperoleh manfaat sama.

Dasar itu seiring dengan beberapa kontroversi. Penyokong transgender mempertikaikannya kerana ia meliputi pembedahan jantina hanya untuk kakitangan aktif bertugas, bukan pesara atau tanggungan.

Sebuah kumpulan konservatif berkata, liputan insurans itu dianggap mahal dan kekurangan tujuan dari segi ketenteraan.

Lanjutan liputan itu membantu remaja transgender seperti Jenn Brewer dari Virginia, yang dikatakan cuba membunuh diri selepas dibuli tahun ini. – AP

FOTO fail pada 7 September 2016 ini menunjukkan pegawai perubatan Tentera Udara di Hospital Komuniti Fort Belvoir, Virginia, Dr David Klein (kiri) berkata sesuatu dengan Amanda Brewer (tengah) dan anak perempuannya, Jenn Brewer ketika mendapatkan rawatan bulanan di hospital berkenaan. – Foto AP

Pentagon perkenal dasar insurans baharu untuk transgender

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *