20okinamaw.transformed.jpg

Penunjuk perasaan bantah kehadiran tentera AS di Okinawa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PULUHAN ribu penunjuk perasaan berkumpul di Nusa Okinawa di Jepun pada Ahad sebagai membantah kehadiran ramai tentera Amerika Syarikat. – Foto AFP

NAHA: Puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di Nusa Okinawa di Jepun pada Ahad sebagai membantah kehadiran ramai tentera Amerika Syarikat.

Dijadualkan berkumpul di ibu negerinya, Naha, pada jam 2.00 petang waktu tempatan hari ini, lebih 50,000 penunjuk perasaan berang dengan Amerika selepas bekas kakitangan marin yang bertugas sebagai pekerja awam di pangkalan itu didakwa merogol dan membunuh seorang wanita tempatan April lalu.

Kes berkenaan menyemarakkan bantahan sekian lama terhadap pangkalan tentera, kunci utama pakatan keselamatan Amerika-Jepun di selatan negara itu, destinasi percutian popular bagi penduduk Jepun dan semakin diminati rakyat China dan negara Asia lain.

Perhimpunan juga akan menggesa pembatalan rancangan Washington dan Tokyo untuk memindahkan kemudahan utama Marin Amerika di tengah Nusa itu ke pesisir pantai yang belum tercemar di pantai utara.

Penunjuk perasaan juga merancang perhimpunan serentak di luar Parlimen Jepun di Tokyo. – AFP

Penunjuk perasaan bantah kehadiran tentera AS di Okinawa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *