foreign-o-rox_BHfield_image_listing_featured.var_1575985110.jpg

Penyanyi Roxette meninggal dunia

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

STOCKHOLM: Penyanyi Roxette, Marie Fredriksson meninggal dunia pada usia 61 tahun semalam selepas 17 tahun berjuang melawan kanser.

Bintang dari Sweden itu yang mewujudkan Roxette Bila bergandingan dengan Per Gessle pada 1986, meninggal dunia pagi semalam.

Roxette terkenal dengan Gita hitnya, ‘It Must Have Been Love’, sebagai runut bunyi filem pemecah panggung 1990-an, Pretty Woman selain Joyride, Listen To Your Heart dan The Look.

Gandingan penyanyi pop itu amat terkenal sehinggakan album mereka terjual lebih 75 juta di seluruh dunia serta mencatat 19 kali carta Top 40, yang membawa mereka ke puncak kemasyhuran.

“Kematian Marie Fredriksson diratapi suaminya, Mikael Bolyos dan dua anak mereka (Inez Josefin, 26, dan Oscar, 23),” kata keluarganya dalam satu kenyataan dipetik akhbar Mirror.

Marie Fredriksson

Jenazah mendiang penyanyi itu akan disemadikan dengan hanya dihadiri anggota keluarga, menurut kenyataan sama.

Marie sebelum ini berjuang melawan ketumbuhan otak pada 2002, didiagnosis selepas rebah di rumahnya.

Doktor memberi amaran, beliau hanya memiliki 20 peratus peluang untuk hidup namun berupaya pulih selepas rawatan panjang dan menjerihkan.

Rakan gandingannya, Per juga memberi penghormatan kepada Marie, menulis tweet: “Masa berlalu begitu pantas. Tak lama dulu kita berkongsi impian mustahil untuk dicapai.

“Impian itu akhirnya dicapai! Saya berbangga berjumpa bakat dan kemurahan hati anda. Semua kasih sayang saya ditujukan kepada anda dan keluarga. Segala-galanya Tak akan sama.” -Agensi

Penyanyi Roxette meninggal dunia

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail