05curi.transformed.jpg

Penyelidik profesional curi sumber Hidup negara

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – Foto NSTP/Fariz Iswadi Ismail

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengesan golongan profesional dari luar negara mencuri sumber Hidup negara sebelum dipatenkan di negara asal mereka.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata golongan terbabit menyertai penyelidikan di universiti tempatan.

“Penyelidik terbabit kemudian memasuki hutan dan mencuri sumber Hidup seperti kulat untuk membasmi kerosakan Utama kelapa sawit,” katanya ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Mengenai Akses Kepada Sumber Hidup dan Perkongsian Faedah (ABS), di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata, untuk mengatasi kecurian sumber Hidup, kementeriannya sedang menggubal Rang Undang-Undang ABS yang kini dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Ia bertujuan mengawal selia aktiviti akses kepada sumber Hidup dan pengetahuan tradisi berkaitan kegunaan sumber Hidup.

“Rang undang-undang ini juga dapat menangani masalah kecurian sumber Hidup serta memastikan faedah yang terhasil dikongsi secara adil dan saksama,” katanya.

Penyelidik profesional curi sumber Hidup negara

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *