22protestrump.transformed.jpg

Penyokong ditumbuk, disepak ketika kempen Trump

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DEMONSTRASI terhadap calon presiden Republikan AS Donald Trump membantah semasa perhimpunan kempen Trump di Tucson, Arizona. – Foto REUTERS

WASHINGTON: Perhimpunan hari kedua calon presiden Republikan, Donald Trump, di Arizona dicemari bantahan, selain kejadian membabitkan seorang penyokongnya menumbuk dan menendang penunjuk perasaan dan satu lagi membabitkan pengurus kempen hartawan itu.

Terdahulu, penunjuk perasaan menyekat lebuh raya utama menuju ke pinggir bandar Phoenix, lokasi Trump mengadakan kempen pada Sabtu, beberapa hari menjelang pemilihan di Arizona.

Selama beberapa jam, kira-kira 24 penunjuk perasaan meletakkan kereta mereka di tengah jalan utama menuju majlis itu, mengibarkan sepanduk bertulis ‘Trump Bodoh’ dan ‘Perlu Hentikan Trump’ dan melaungkan kata-kata ‘Trump Adalah kebencian.’

Kesesakan berlaku sehingga beberapa kilometer, dengan pemandu yang marah membunyikan hon.

Trump berada di Arizona untuk berkempen menjelang pemilihan esok. Tinjauan menunjukkan hartawan itu mendahului pencabarnya di Arizona, negeri di sempadan yang menyaksikan kenyataan keras Trump mengenai pendatang mendapat sokongan pengundi Republikan. – AGENSI

Penyokong ditumbuk, disepak ketika kempen Trump

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *