19duit.transformed.jpg

Perak cadang cukai pelancongan berasaskan bilangan penginapan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (tengah) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak warga Rohingya yang diraikan ketika Majlis Berbuka Saum Bersama Penggiat Industri Pelancongan Negeri Perak di Hotel Symphony Suites. – Foto Balqis Jazimah Zahar

IPOH: Kerajaan Perak menyarankan kadar pungutan cukai pelancongan yang akan dikuatkuasakan nanti dikira berdasarkan bilangan hotel atau tempat penginapan di sesebuah negeri.

Ia bermakna semakin sedikit bilangan tempat penginapan di sesebuah negeri, maka kadarnya lebih rendah dan bukannya dilaksanakan secara purata di semua tempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, jika pungutan atau kadar peratusan cukai dilakukan secara purata, ia akan menjadi Tak adil kepada negeri yang mempunyai bilangan hotel atau tempat penginapan yang sedikit.

Katanya, kerajaan negeri bagaimanapun menyokong pelaksanaan cukai pelancongan yang sudah dilaksanakan di beberapa negara, dan yakin ia mampu membantu melonjakkan pembangunan industri pelancongan dalam jangka panjang.

“(Cuma) kita mahu keadilan daripada segi pungutan cukai, ia bermaksud Tak bolehlah dibuat secara purata, ini kerana kalau di wilayah utara (Perak) bilangan penginapannya lebih kecil.

“Jadi, kita mengharapkan sistem pungutan dibuat berdasarkan bilangan penginapan di setiap negeri kemudian (hasil cukai) diagihkan (kepada negeri) berdasarkan bilangan itu,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas  program sumbangan duit raya kepada anak Rohingya dan majlis berbuka Saum bersama penggiat industri pelancongan negeri Perak  di sini malam ini.

Nolee Ashilin jiuga menyarankan Kerajaan Pusat mengadakan proses perundingan dengan kerajaan negeri dan pihak berkepentingan pelancongan agar mereka dapat memberi pandangan berhubung pelaksanaan sistem pencukaian itu.

“Bagi kerajaan negeri, kita mahu Kerajaan Pusat memberi jaminan bahawa apa yang dipungut akan dikongsikan kembali dengan kerajaan negeri mengikut kadar yang berpatutan khasnya daripada segi bilangan penginapan yang telah didaftarkan di bawah sistem pencukaian itu,” katanya.

Perak cadang cukai pelancongan berasaskan bilangan penginapan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *