b67de8e9a9f87554cacdac4312b74bf0.jpeg

Peralihan kuasa: Tahun 2050 pun 'selepas Apec' – MP PKR

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Kegagalan kepimpinan PH untuk memuktamadkan tarikh peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim akan terus mencetuskan spekulasi pembentukan kerajaan melalui pintu belakang, kata MP Subang, Wong Chen.

Anggota parlimen PKR itu berkata penetapan tarikh peralihan kuasa akan membawa kepada kestabilan politik sejurus memberi manfaat kepada penggubalan dasar dan ekonomi.

“Hari ini boleh dikira sebagai “hari penting” dalam rancangan peralihan kuasa PH… Jangkaan orang ramai Adalah supaya tarikh tetap (penyerahan kuasa diumumkan).

“(Ia) bagi menggantikan jawapan samar (Akan meletak jawatan) selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).

“Selepas Apec’ boleh jadi apa sahaja; contohnya, tahun 2050 secara teknikalnya ‘selepas Apec’.

“Jika tarikh tetap diumumkan, ia akan memberhentikan cakap-cakap berkenaan pembentukan kerajaan melalui pintu belakang.

“Orang ramai dan komuniti perniagaan akan mendapat kepastian politik dan diharapkan akan melabur untuk menjayakan ekonomi,” kata Wong Chen (gambar, bawah) pada ciapan di akaun Twitter hari ini.

Wong mengeluarkan kenyataan susulan Majlis Presiden PH yang dijadual Akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan isu peralihan kuasa. Sebelum itu, enam pemimpin tertinggi PH akan mengadakan mesyuarat terlebih dahulu.

Untuk rekod, Wong dikatakan berada dalam kem presiden PKR, Anwar. Parti itu kelihatannya berpecah ekoran hubungan tegang antara Anwar dan Azmin, yang Adalah timbalan presiden PKR.

Mahathir dikatakan Tak jelas mengenai tarikh penyerahan kuasa kepada Anwar.

Bagaimanapun, beliau berulang kali berjanji untuk meletakkan jawatan selepas sidang kemuncak Apec di Kuala Lumpur pada November ini.

Wong berkata jika tiada tarikh peralihan kuasa diumumkan negara, ia akan memberi kesan terhadap politik dan ekonomi negara.

“Jika tarikh Tak diumumkan, ia akan menjadi status quo … kita akan kembali terganggu dengan cerita-cerita SD (akuan berkanun) dan kerajaan pintu belakang yang berterusan. Malah, cerita-cerita ini akan kerap dimainkan Umno dan PAS.

“Apa-apa pun yang diputuskan (PH), mereka perlu tahu akibatnya dari aspek politik dan ekonomi,” ciap Wong lagi.

Kenyataan itu turut timbul di tengah spekulasi plot – Yang Akhirnya disahkan Anwar – bagi mengekalkan Mahathir yang kini berusia 94 tahun itu untuk terus menyandang jawatan perdana menteri sehingga tamat penggal.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa terdapat sekumpulan anggota parlimen kini sedang mengusahakan akuan berkanun (SD) bagi menyokong Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Anwar menafikan penglibatan Mahathir dalam isu SD itu, namun menjelaskan terdapat usaha daripada PAS, Umno dan “sekumpulan” Pakar PKR.

Terdapat juga usaha dalam parti Anwar sendiri untuk meraih dua SD berasingan – satu menyokong presiden PKR dan yang lain supaya Dr Mahathir berkhidmat sehingga habis penggal.

PAS juga turut merancang untuk menggerakkan undi percaya buat Dr Mahathir bagi menerajui negara sehingga akhir penggal di Dewan Rakyat pada Mac ini.

Anwar semalam menafikan beliau akan memaksa Dr Mahathir bagi menetapkan tarikh khusus buat peralihan jawatan tersebut.

Sebaliknya, beliau lebih mahukan negara menumpukan isu ekonomi, berkata perbincangan mengenai peralihan kuasa “boleh diselesaikan dalam masa setengah jam.”

Peralihan kuasa: Tahun 2050 pun 'selepas Apec' – MP PKR

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail