26chongwei.transformed.jpg

Peranan kelab profesional penting – Chong Wei

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Pemain perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media mengenai Purple League, di Petaling Jaya. – Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Malaysia seolah-olah sudah ketinggalan di belakang Indonesia, Jepun dan Denmark yang melahirkan pemain kebangsaan menerusi sistem daripada kelab profesional.

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang berkongsi pandangan mengenai perkara itu, berkata ketiga-tiga negara berkenaan sudah mempraktikkan sistem itu sejak 10 tahun lalu dengan Malaysia baru mahu bermula menerusi penganjuran Kejohanan Badminton Purple League.

“Kita baru mahu bermula. Saingan Purple League baru memasuki tahun ketiga dan saya harap ini permulaan yang baik buat badminton Malaysia,” kata Chong Wei bagi menjawab soalan sama ada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu memandang lebih serius mengenai pembabitan kelab profesional bagi membantu mengenal pasti bakat-bakat baharu berbanding bergantung kepada persatuan negeri.

Chong Wei berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pra Pelancaran Purple League musim ketiga, di sini, hari ini.

Keberkesanan sistem digunakan Denmark yang melahirkan pemain daripada kelab profesional jelas Bila mereka mencipta sejarah merangkul trofi Piala Thomas buat kali pertama, Ahad lalu.

Malah, Jepun yang turut menggunakan sistem sama meraih gelaran pertama mereka pada edisi dua tahun lalu.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Purple League, Datuk Jack Koh berkata, aspek pembangunan akar umbi sangat penting terutama bagi sesebuah kelab mahupun liga.

“Jika kita hendak memulakan liga setiap pasukan (kelab) perlu mempunyai tempat untuk latihan pusat dan Tak perlu mengimport pemain dari luar. Kita harus mengukuhkan di bahagian asas (pemain remaja).

“Kelab pula biar dari seluruh Malaysia termasuk bahagian Utara, Selatan dan Pantai Timur termasuk Sabah, Sarawak. Kali ini kami Menciptakan kelainan untuk Junior Puprle League Bila mengadakan dua divisyen, kerana pemain remaja mampu memberi sokongan kepada skuad utama (Purple League).

“Pasukan baru bermain dalam divisyen dua dan akan ada sistem penyingkiran serta mara ke divisyen satu,” katanya.

Peranan kelab profesional penting – Chong Wei

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail