AS070317AN001.jpg.transformed.jpg

Peranti kesan premis tak bayar GST

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST), Datuk Zulkifli Yahya melancarkan Operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS 3.0) 2017 di pejabat JKDM Kedah, Alor Setar, hari ini. – Foto Amran Hamid

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melaksanakan projek perintis pemasangan ‘dongle’ atau peranti kecil di mesin daftar tunai di premis industri yang dikesan kurang patuh dalam pembayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST), Datuk Zulkifli Yahya, berkata tindakan itu sebagai usaha meningkatkan kadar pungutan cukai terbabit dengan permulaan 5,000 premis dikenal pasti dipasang peranti terbabit secara berperingkat.

Sebagai permulaan, katanya, pemasangan akan tertumpu di sekitar Lembah Klang Berawal Dari pertengahan bulan ini dengan sekurang-kurangnya tiga jenis industri dipilih khususnya peruncitan, sebelum dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan.

“Kita akan lihat kesan projek perintis ini dan hasilnya akan dijadikan sandaran untuk dicadangkan kepada kerajaan bagi mengekalkan sistem yang dipercayai berupaya membantu kita mengesan pungutan sebenar GST.

“Projek ini dijangka meningkatkan kadar pematuhan syarikat atau industri yang cuba lari daripada membayar GST,” katanya sempena pelancaran Operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS 3.0) 2017 di pejabat JKDM Kedah di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, peranti itu mampu mengesan transaksi jualan harian termasuk jumlah GST sebelum direkod.

Mengenai Ops CBOS 3.0, beliau berkata, JKDM meletakkan sasaran mengutip tambahan GST lebih RM3 bilion tahun ini dengan menumpukan operasi terhadap 200,000 peniaga berdaftar di seluruh negara.

Peranti kesan premis tak bayar GST

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *