WhatsApp_Image_2017-08-19_at_11.24.19_PM.jpeg.transformed.jpg

Perasmian acara perahu layar di Langkawi meriah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ketua Kontinjen Filipina, Medy Fidel pada majlis perasmian Sukan SEA ke-29 bagi acara Perahu Layar di Stadium Langkawi. – Foto Hamzah Osman

LANGKAWI: Perasmian Sukan SEA ke-29 bagi acara perahu layar yang menjadikan Nusa pelancongan ini sebagai venue, berlangsung meriah dengan upacara penuh warna-warni dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Acara pembukaan di Stadium Langkawi di sini, dimulakan dengan perarakan masuk semua kontinjen tujuh negara yang mengambil bahagian dengan didahului pancaragam Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah, diikuti perarakan 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa bendera negara peserta dan maskot Sukan Sea Ke-29, Rimau.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Tempatan, Datuk Azizan Noordin serta Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Seramai 103 atlet perahu layar mewakili tujuh negara ASEAN iaitu Thailand, Kemboja, Filipina, Myanmar, Singapura, Indonesia dan tuan rumah, Malaysia kini berhimpun di Nusa ini untuk merebut 14 pingat emas yang dipertandingkan.

Ahmad Bashah ketika berucap, berkata temasya Sukan SEA Ke-29 ini akan menjadi batu loncatan untuk meningkatkan lagi mutu pencapaian atlet dari Asia Tenggara ke pentas yang lebih besar seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Katanya, penganjuran acara perahu layar di Langkawi juga membolehkan peserta luar negara menikmati keindahan semula jadi di Nusa pelancongan itu, sekali gus menimba pengalaman baharu dan menjadi kenangan sebaik pulang ke negara masing-masing selepas temasya tamat.

“Saya berharap semua atlet yang bertanding bagi acara perahu layar Sukan SEA kali ini mengamalkan sikap semangat setia kawan yang tinggi serta muhibah sambil disaksikan oleh penonton dari Malaysia dengan penuh toleransi,” katanya.

Perasmian acara perahu layar di Langkawi meriah

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *