ssiput219.transformed.jpg

Peraturan keselamatan jalan raya depan sekolah diperketat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

P Kamalanathan (kiri) beramah mesra dengan penerima anugerah, S. Sabrishan (SJK Ladang Dovenby) pada Majlis Anugerah Dermasiswa 2016 LAFARGE di Dewan Tun V T Sambanthan di Sungai Siput, hari ini. – Foto L Manimaran

SUNGAI SIPUT: Kementerian Pendidikan akan memperketatkan peraturan keselamatan jalan raya di hadapan sekolah di seluruh negara bagi memastikan kemalangan membabitkan pelajar dapat dielak dan dikurangkan.

Timbalan Menterinya, Datuk P Kamalanathan, berkata ketika ini pelbagai langkah keselamatan sudah diambil termasuk membina bonggol, menebalkan garisan kuning dan mengurangkan had laju kenderaan kepada 30 kilometer sejam (km/j).

“Bagaimanapun, saya amat kecewa kerana masih berlaku kemalangan yang turut membabitkan nyawa pelajar ketika masuk dan keluar sekolah.

“Kita akan memandang kembali bagaimana kita boleh mengetatkan lagi aspek kawalan keselamatan jalan raya di luar kawasan sekolah termasuk membina bonggol di kawasan laluan masuk dan hadapan sekolah.

“Sebelum ini, pembinaan bonggol di hadapan laluan sekolah memang diwajibkan selain menebalkan garisan kuning serta meletakkan tanda had laju 30 km/j, tetapi masih ada pemandu masih mementingkan diri dan Tak Menyodorkan tindakan serius atas segala halangan yang dibuat sehingga pelajar sekolah menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan dan menyampaikan anugerah pada Majlis Anugerah Dermasiswa 2016 LAFARGE di Dewan Tun V T Sambanthan di sini, hari ini.

Beliau mengulas beberapa kemalangan yang berlaku di hadapan kawasan sekolah sehingga membabitkan kematian akibat kecuaian pemandu.

Terbaharu, seorang murid lelaki maut dirempuh lori membawa muatan makanan ayam di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan, Bagan Serai, semalam ketika mangsa hendak melintas jalan untuk memasuki kawasan sekolah.

Peraturan keselamatan jalan raya depan sekolah diperketat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *