WhatsApp_Image_2017-04-13_at_2.37.56_PM.jpeg.transformed.jpg

Percepat projek ICQS Bukit Kayu Hitam – Zahid

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbual dengan Timbalan Menteri Pertahanan Thailand, Jen Udomdej Sitabutr ketika menerima kunjungan hormat delegasi dari Thailand di Kompleks Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Bukit Kayu Hitam. – Foto Amran Hamid

BUKIT KAYU HITAM: Kerajaan mengarahkan projek pembangunan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, yang kini lewat 576 hari dipercepatkan untuk menyokong pelaksanaan waktu operasi baharu pintu sempadan Malaysia-Thailand, di sini, yang akan dilanjutkan 24 jam sehari.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata arahan menyiapkan segera projek berkenaan penting selepas mengambil kira status Thailand yang sudah menyiapkan kemudahan sama di sebelah negara jiran itu.

“Hari ini dalam usaha pelaksanaan dasar baharu untuk pelaksanaan operasi 24 jam di pintu sempadan Malaysia-Thailand, saya melakukan lawatan ke tapak projek ICQS Bukit Kayu Hitam yang sudah terlewat 576 hari berbanding jadual asal.

“Justeru saya sudah arahkan dua syarikat kontraktor terbabit mempercepatkan projek menelan kos RM425 juta itu melalui dua fasa dengan jangkaan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dijadual menjalani ujian pada Ogos ini, sebelum mula beroperasi pada September,” katanya ketika sidang media di Kompleks Angkatan Kawalan Sempadan (AKSEM) di sini.

Terdahulu, beliau turun meninjau perjalanan projek ICQS Bukit Kayu Hitam yang kini 45.9 peratus siap melalui fasa satu pembangunan, selain melawat Kompleks ICQS sedia ada yang kini dikendalikan 19 agensi dengan diterajui Jabatan Imigresen.

Ditanya mengenai tarikh pelaksanaan waktu operasi baharu 24 jam itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan sedang melakukan rundingan bersama pihak Thailand yang secara dasarnya sudah bersetuju dengan perkara itu, tetapi ia tertakluk kepada perjanjian Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) dan rangka kerja bersama Malaysia-Thailand yang diadakan setiap tahun.

“Sebentar lagi pun saya akan menerima lawatan delegasi Thailand diketuai Timbalan Menteri Pertahanannya (Jeneral Udomdej Sitabutr), di mana isu ini akan turut dibincangkan untuk menentukan dasar pelaksanaan operasi pintu sempadan 24 jam sehari ini,” katanya.

Percepat projek ICQS Bukit Kayu Hitam – Zahid

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *