bhagong10-o_BHfield_image_listing_featured.var_1570716710.jpg

Permaisuri Agong lancar buku 'Ulam-ulaman Khazanah Negara dan 1001 Khasiat'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan melancarkan buku ‘Ulam-ulaman Khazanah Negara dan 1001 Khasiat’ yang menghimpunkan pelbagai maklumat mengenai ulam-ulaman tempatan.

Buku itu diterbitkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hasil cetusan idea bekas Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak ketika majlis pelancaran Kempen Ulam-ulaman Peringkat Kebangsaan pada 2017.

Keberangkatan tiba Tunku Azizah diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, Pengerusi FAMA, Ishak Ismail dan Ketua Pengarah Fama, Zainal Abidin Yang Razalli.

RAJA Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat pameran selepas melancarkan buku ‘Ulam-ulaman Khazanah Negara dan 1001 Khasiat’. – Foto BERNAMA

Dalam titah perasmian, Tunku Azizah turut berkongsi pengalaman mengamalkan pemakanan ulam-ulaman ketika berpantang selepas bersalin.

“Selepas saya melahirkan dan semasa berpantang, memang saya hanya Santap ulam-ulam seperti pegaga, kacang botol, pucuk betik dan pucuk ubi… itulah makanan saya dalam pantang.

“Bagaimanapun, dalam semua masakan saya bukan sahaja ada ulam-ulaman tetapi juga sayur-sayuran tempatan,” titah baginda.

Sementara itu, Salahuddin berkata penerbitan buku ini Adalah satu usaha kementerian dalam membangunkan industri pertanian dan asas tani di negara ini khususnya dalam meningkatkan pendapatan petani yang berkaitan ulam-ulaman dan sayur-sayuran.

“Ulam-ulaman tempatan berpotensi menjadi satu sumber kekayaan baharu yang boleh diteroka dan mewujudkan peluang besar untuk usahawan menceburkan diri mengkormersialkan sektor ini,” katanya.

Katanya, ia juga bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan pengambilan ulam sebagai diet makanan harian dalam kalangan masyarakat selain mengurangkan kebergantungan kepada produk pertanian import.

“Kajian daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 oleh Kementerian Kesihatan mendapati 94 peratus penduduk di negara ini Tak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memandang tinggi pandangan Tunku Azizah berkaitan khasiat daun merunggai yang bukan sahaja boleh dijadikan ulam-ulaman tetapi juga sebagai produk penting dalam bidang kesihatan selain turut berpotensi untuk dikomersialkan.

Buka setebal 284 muka surat itu mengumpulkan 657 jenis ulam-ulaman dan dijual dengan harga RM370 bagi jenis kulit nipis dan RM400 bagi jenis kulit tebal.

– BERNAMA

Permaisuri Agong lancar buku 'Ulam-ulaman Khazanah Negara dan 1001 Khasiat'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *