306d408b39d943276a5adea80ecd2d69.jpg

Permohonan peguam Najib untuk temu bual saksi SPRM didengar Isnin

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KES NAJIB l Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan Isnin depan untuk mendengar permohonan pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak bagi menemu bual pegawai penyiasat (IO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum memberi keterangan sebagai saksi pihak pembelaan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pembelaan dan pendakwaan menyediakan hujahan masing-masing berhubung perkara itu.

Terdahulu, peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah pihak pembelaan sepatutnya menemu bual Mohd Nasharudin Amir iaitu IO kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Sabtu lepas, bagaimanapun saksi itu enggan berbuat demikian pada saat akhir.

“Beliau membatalkan temu bual itu. Saksi pada awalnya bersetuju untuk ditemu bual pada Sabtu. Pada pagi hari berkenaan semasa saya sedang bersiap sedia untuk menemu bual, saksi ini memaklumkan beliau Tak mahu ditemu bual.

“Adalah penting untuk mendapatkan perbicaraan yang adil bagi pasukan pembelaan Najib pada perbicaraan peringkat ini. Kami mempunyai hak untuk temu bual saksi supaya kami boleh mendapatkan keterangan relevan supaya tiada keterangan Tak munasabah dikemukakan di mahkamah untuk memastikan perbicaraan yang adil,” katanya.

Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhujah seorang saksi boleh memilih untuk Tak ditemu bual sebelum memberi keterangan sebagai saksi kerana itu Adalah proses biasa dan mahkamah Tak mempunyai kuasa untuk mengarahkan saksi itu ditemu bual terlebih dahulu.

“Ini bukan pertama kali berlaku. Yang Arif, saksi sudah berada di bilik saksi dan beliau sudah bersedia untuk memberi keterangan, tanpa mengira sama ada beliau mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan atau Tak,” katanya.

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dengan dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan bersambung Isnin.

– Bernama

Permohonan peguam Najib untuk temu bual saksi SPRM didengar Isnin

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail