10533852_812951532061198_7555217503606392400_n1.jpg

PEROLEHAN ASET RONDAAN MARITIM AGENSI-AGENSI KESELAMATAN

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

oleh Ikansadinmknorang

Dua agensi penguatkuasaan maritim, Pasukan Gerakan Marin dan MMEA sedang menambah jumlah aset rondaan mereka pada ketika ini.

PGM sehingga artikel ini ditulis sedang dalam proses menerima aset rondaan baharu yang dibina di Perlis.

Ya,Perlis Marine Engineering Adalah syarikat tempatan yang berpangkalan di Perlis yang dipertanggungjawab oleh PDRM untuk menyiapkan 5 buah bot peronda aluminium sepanjang 25 meter untuk kegunaan PGM.

Masih belum diketahui class bot peronda ini tetapi rekod PME yg sebelum ini pernah membina bot-bot peronda untuk agensi-agensi lain seperti Jabatan Kastam, Jabatan Laut (Sarawak dan Sabah) serta syarikat-syarikat tempatan seperti LADA dan Lembaga Pelabuhan Johor dimana sehingga hari ini, produk mereka masih digunakan pengguna dan dalam keadaan baik.

Langkap PGM dalam perolehan aset baharu ini boleh dikatakan satu langkah bijak, dimana mereka menggunakan kepakaran tempatan sedia ada yg mana secara Tak langsung meningkatkan lagi tahap penglibatan dan keupayaan limbungan tempatan dalam industri terutama berkaitan keselamatan.

Sementara PGM sudah memulakan proses pembinaan aset baharu mereka, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MMEA) kini dalam rangka untuk perolehan 7 buah kapal peronda generasi baharu (NGPC) bagi meningkatkan lagi tahap operasi rondaan maritim agensi tersebut yang kini mengalami kekangan dimana aset-aset mereka sudah melangkaui jangkahayat usang selain kekangan dari segi keupayaan jarak rondaan yg memperlihatkan aset-aset baharu MMEA terhad kepada rondaan kawasan pesisir.

Masih belum jelas apakah class kapal peronda yang diperlukan tetapi ciri-ciri utama Adalah termasuk panjang 40-45 meter dan dilengkapi dengan keupayaan melancarkan RHIB, dioperasikan oleh 30 orang krew dengan tambahan 10 orang anggota tambahan (kemungkinan anggota tim STAR,penyelam atau perenang SAR) dengan persenjataan 30mm RCWS.

@MalaysiaDefence Menciptakan spekulasi akan kebarangkalian class kapal peronda yang Akan dipilih, namun MMP berpendapat “proven design” yang dimaksudkan MMEA Tak semestinya all military design.

Mengambil contoh angkatan laut Iraq, mereka mengoperasikan kapal sokongan luar pantai (OSV) sepanjang 60m yang dibina berdasarkan rekabentuk kapal komersial yg biasa kedapatan didalam industri minyak dan gas, satu proven design dimana kapal-kapal sokongan luar pantai komersial yg dioperasikan oleh syarikat-syarikat perkapalan untuk industri minyak dan gas yang mana kapal2 ini dengan geladak dibahagian buritannya mampu untuk mengendalikan kargo dan jika mengambilkira operasi pasukan keselamatan, menempatkan containerized mission module dan galangan bagi pelancaran RHIB.

Posting sambungan berkenaan NGPC akan kami paparkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci commercial design for military application yang mampu Menyodorkan tambah nilai berganda kepada peningkatan keupayaan pasukan keselamatan kita..

ikansadinmknorang

-foto diambil dari link Perlis Marine Engineering : bot peronda 25m aluminium hull untuk PGM-

http://www.malaysiandefence.com/?p=4995
http://www.perlis-marine.com.my/

PEROLEHAN ASET RONDAAN MARITIM AGENSI-AGENSI KESELAMATAN

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *