ab8c56e2-6649-4946-8a46-e94e7dbadc62.transformed.jpg

Persekitaran lebih terang, penduduk berasa selamat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

NAJIB merasmikan penyerahan Lampu Jalan Kampung (LJK) 2017 peringkat nasional ketika Majlis Sepetang Bersama Nelayan dan Perasmian Lampu Jalan Kampung TNB peringkat Nasional di Jeti Nelayan LKIM Chenang, Langkawi.

LANGKAWI:Suatu ketika dahulu, ratusan penduduk di tiga kampung terpaksa melalui suasana kelam dan gelap terutama pada waktu malam.

Ketika itu kebanyakan kampung mereka di Kuala Melaka, Padang Kandang dan Kuala Teriang dalam Mukim Kedawang, memiliki kemudahan lampu jalan yang amat terhad.

Namun, keadaan mula berubah Bila kampung masing-masing diterangi lampu jalan sekali gus memudahkan penduduk bergerak selain menghilangkan ketakutan dilalui sebelum ini.

Dengan adanya lampu jalan, sedikit sebanyak melegakan hati penduduk terutama dalam aspek keselamatan membabitkan pencegahan jenayah dan kemalangan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Melaka, Padzil Din, 65, berkata, inisiatif dilaksanakan kerajaan memasang lampu jalan membolehkan penduduk berasa selamat.

“Sebelum ini ada beberapa lokasi terutama di persimpangan jalan di kampung ini agak gelap dan suram menyebabkan kerap berlaku kemalangan kecil.

“Alhamdulillah dengan adanya kemudahan lampu LED ini, sekurang-kurangnya kebimbangan kita terhadap kejadian ini (kemalangan) semakin berkurangan.

LAMPU LED dipasang di Kampung Kuala Melaka, Langkawi bantu menerangi kawasan sekitar kampung berkenaan.

Jenayah dapat dipantau

“Lebih penting, jenayah juga dapat dipantau Bila kawasan ini Berawal Dari terang pada waktu malam,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Jelas Padzil, terdapat 10 kemudahan lampu jenis biasa atau ‘High Pressure Sodium Vapour’ (HPSV) dan satu lampu LED dipasang di kawasan kampungnya terutama berhampiran surau dan persimpangan jalan raya.

“Kampung ini menempatkan 300 penduduk yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan serta sektor pelancongan.

“Lampu yang dipasang ini beroperasi jam 7 malam Sampai 7 pagi setiap hari dan ini memudahkan orang ramai bergerak terutama kanak-kanak serta warga emas sama ada ke surau berhampiran atau sebagainya,” katanya.

Bagi Pengerusi JKK Kampung Kuala Teriang, Murad Nanyan, 62, sebelum kemudahan lampu jalan kampung ini dilaksanakan secara menyeluruh, beberapa kawasan agak gelap dan menyukarkan penduduk bergerak.

“Memang sebelum ini, kampung agak gelap malah penduduk sukar keluar malam kerana dibimbangi mengundang kejadian Tak diingini,” katanya.

Katanya, pemasangan 10 lampu jenis HPSV serta satu lampu LED yang mula dilaksanakan tahun lalu dengan mensasarkan kawasan surau dan sekolah di kampung terbabit.

Sementara itu, penduduk Kampung Padang Kandang, Mohd Kamal Hashim, 46, bersyukur dengan inisiatif kerajaan dalam menyediakan kemudahan lampu jalan di kampungnya kerana ia memberi faedah yang banyak kepada 400 penduduk di situ.

“Kemudahan disediakan kerajaan sangat bagus terutama dari aspek keselamatan kerana itu yang menjadi perhatian utama penduduk yang rata-rata bekerja sebagai nelayan, pekebun getah dan pekerja hotel di sekitar Langkawi.

“Lampu ini banyak diletakkan di sekitar persimpangan jalan dan ia menerangi kawasan berkenaan yang sebelum ini agak gelap.

“Selain itu juga, ia dapat memberi keselesaan kepada penduduk kampung untuk menunaikan solat, menghadiri kelas tuisyen dan kelas mengaji al-Quran,” katanya.

Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) Fasa 8 di negeri Kedah, menyaksikan kerajaan memperuntukkan RM7.4 juta bagi pemasangan 10,723 unit LJK di 2,029 kampung di 15 daerah di negeri itu.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya ketika Majlis Sepetang Bersama Nelayan dan Majlis Penyerahan Program Pemasangan LJK 2017 Peringkat Nasional di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Nelayan Chenang, di sini, 17 Februari lalu.

Najib dalam ucapannya berkata, inisiatif Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), selaku ejen pelaksana projek membabitkan peruntukan RM100 juta di seluruh negara.

“Projek ini meliputi pemasangan 110,000 unit LJK dengan 6,333 unit daripadanya jenis LED manakala selebihnya HPSV.

“Di Parlimen Langkawi sahaja, sebanyak 537 lampu jalan kampung mula dipasang sejak Mei tahun lalu dan siap sepenuhnya 27 Oktober tahun sama.

“Kemudahan ini memberi manfaat kepada hampir 53,500 penduduk dari 107 kampung. Jika siap sepenuhnya, sebanyak 8,086 unit lampu dipasang membabitkan kos RM6.12 juta di semua 15 parlimen di Kedah,” katanya.

Bagi Naib Presiden (Pembahagian) TNB, Datuk Ir Baharin Din, pihaknya berusaha keras selama 14 Sampai 16 minggu untuk memenuhi permintaan pemasangan LJK di seluruh negara.

Dalam pada itu, Menteri KKLW, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata secara purata di Langkawi sebanyak 30 LJK diperlukan berdasarkan keluasan kampung dan pemasangan mensasarkan kawasan seperti gelanggang futsal, selekoh tajam dan masjid bagi kemudahan penduduk.

Persekitaran lebih terang, penduduk berasa selamat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *