foreign-o-rohing2_BHfield_image_listing_featured.var_1563110021.jpg

Petempatan Rohingya musnah angkara ribut

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BALUKHALI: Sekurang-kurangnya 10 maut dan ribuan rumah setinggan di kem pelarian yang terletak di tenggara Bangladesh musnah sejak April lalu, akibat hujan monsun.

Jurucakap Pertubuhan Penghijrahan Antarabangsa (IOM) berkata, hujan lebat menyebabkan banjir lumpur, lalu memusnahkan rumah sementara yang diperbuat daripada kanvas dan buluh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula berkata, lebih 200 kejadian tanah runtuh berlaku di kem terbabit sejak April lalu, dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 maut.

Jabatan Meteorologi Bangladesh, berkata hujan mengakibatkan daerah Cox’s Bazar dinaiki air sekurang-kurangnya 58.5 meter sejak 2 Julai lalu.

Seorang penarik becak Bangladesh meredah banjir di jalan masuk air semasa musim tengkujuh di Dhaka, India. – Foto AFP

Dalam minggu ini sahaja, dua etnik Rohingya maut dan 6,000 yang lain terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing akibat hujan lebat.

Pelarian berkata, kehidupan mereka terjejas akibat hujan lebat yang berlaku setiap hari di kem itu. – AFP

Petempatan Rohingya musnah angkara ribut

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *