petron.jpg.transformed.jpg

PETRONAS, konsortium China meterai kontrak loji politilena Pengerang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: PETRONAS memeterai kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bagi loji politilena berketumpatan tinggi (HDPE) fleksibel di Kompleks Bersepadu Pengerang.

Dalam satu kenyataan semalam, PETRONAS berkata, ia menandatangani kontrak itu dengan konsortium China terdiri daripada Tecnimont SpA, China Huanqiu Contracting and Engineering Co Ltd, TecnimontHQC Scarl dan TecnimontHQC Sdn Bhd.

“Konsortium itu menerima surat pelantikan daripada PRPC Polymers Sdn Bhd, anak syarikat Petronas Chemicals Group pada 10 November 2016,” demikian mengikut PETRONAS.

Loji itu akan siap sepenuhnya dan sedia untuk memulakan operasi pada Mei 2019.

Naib Presiden Kanan PETRONAS dan Pengarah PRPC Polymer, Dr Colin Wong Hee Huing berkata: “Pemeteraian kontrak itu mengesahkan petrokimia kekal sebagai komponen penting bagi pertumbuhan perniagaan PETRONAS, seiring dengan hasrat kami menjadi penggiat serantau utama dengan menyediakan portfolio produk dan penyelesaian petrokimia.”

Loji HDPE fleksibel itu Adalah yang pertama seumpamanya bagi PETRONAS dan di Malaysia, menggunakan teknologi sluri Hostalen Advanced Cascade Process (Hostalen ACP) bagi HDPE pelbagai mod, dilesenkan oleh Lyondellbasell.

Loji itu, dengan kapasiti 400,000 tan setahun, akan mengeluarkan rangkaian produk HDPE pelbagai mod, dan akan melengkapkan portfolio politilena Petronas sebaik ia siap.

HDPE fleksibel, dihasilkan dalam bentuk palet, membolehkan pengeluaran buatan khusus polimer yang mempunyai berat molekul sangat tinggi untuk produk akhir seperti paip tekanan air minuman, gas, bagi tujuan industri dan am, serta bekas dan botol kegunaan isi rumah. – BERNAMA

PETRONAS, konsortium China meterai kontrak loji politilena Pengerang

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *