06openg2.transformed.jpg

PETROS kembalikan hak rakyat Sarawak: KM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUCHING: Sarawak kini memiliki hak mengeksploitasi sumber semulajadi negeri ini sepenuhnya, termasuk industri minyak dan gas berikutan penubuhan syarikat milik kerajaan negeri, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata penubuhan syarikat itu Adalah kejayaan terbesar negeri ini dalam proses menuntut kembali hak dan keistimewaannya yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Selain itu, katanya, ia turut memperlihatkan hubungan utuh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak melalui proses perundingan dijalankan sebelum ini, terutama membabitkan penurunan kuasa pentadbiran yang berkaitan.

Beliau berkata Datuk Seri Najib Razak, bersetuju menyerahkan kembali hak berkenaan kepada kerajaan negeri mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan kerana Perdana Menteri yakin ia mampu membawa lebih kemakmuran kepada Sarawak dan rakyatnya.

“Penubuhan PETROS sememangnya signifikan dalam usaha kita mempelopori usaha ini (mengembalikan hak dan keistimewaan negeri), termasuk proses penurunan kuasa yang dilaksanakan.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Pelancaran Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di Hotel Pullman Kuching. – Foto Nadim Bokhari

“Kepada Datuk Seri Najib (Razak), terima kasih kerana sentiasa Menyodorkan perhatian dan keutamaan terhadap setiap keperluan negeri ini dan ‘Anak Sarawak’, termasuk kesungguhan beliau merintis usaha Menyodorkan kembali segala kuasa yang terhakis secara Tak sengaja sebelum ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perancangan Ekonomi dan Sumber Asli Sarawak berkata demikian ketika menghadiri Majlis Perasmian PETROS di sebuah hotel terkemuka, di sini, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk AmarDouglas Uggah Embas dan Pengerusi PETROS, Tan Sri Hamid Bugo.

Pada majlis sama, Abang Johari turut mengumumkan tokoh korporat dari etnik Bidayuh, Saau Kakok, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PETROS, anak syarikat milik penuh kerajaan negeri.

Dengan pengalaman 40 tahun dalam industri minyak dan gas membabitkan pelbagai portfolio, Saau diyakini mampu mengetuai operasi PETROS.

Abang Johari juga yakin penubuhan PETROS mampu membuka lembaran baharu dalam penerokaan industri minyak dan gas di Sarawak, sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi dan pembangunan negeri.

“Penubuhan PETROS berupaya memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai pemain utama industri minyak dan gas negara, merangkumi sektor huluan serta hiliran.

“Malah, PETROS turut menjalinkan kerjasama strategik dengan PETRONAS untuk terus meletakkan industri petroleum negeri terus berada pada landasan kukuh, selain kekal sebagai penyumbang ekonomi Sarawak,” katanya.

PETROS kembalikan hak rakyat Sarawak: KM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *