janji2_1534569108.jpg

PH Tak abaikan janji

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Tak akan mengabaikan baki daripada 10 janji yang belum dapat ditunaikan dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad, berkata kerajaan akan tetap mengotakan janji yang sudah dibuat kepada rakyat meskipun terdapat banyak perkara yang Tak berkemampuan untuk dipenuhi berikutan kekangan kewangan negara.

“Apa yang kita hendak lakukan kita akan teruskan bukannya apa yang kita Tak dapat lakukan dalam tempoh itu kita akan abaikan.

“Sebenarnya kita ambil 100 hari itu pada waktu perdana menteri angkat sumpah tetapi pelantikan menteri Kabinet keseluruhan Adalah pada 2 Julai.

“Jadi ini sememangnya mengambil masa yang panjang untuk pembentukan kerajaan, tetapi sudah banyak juga yang kita berjaya tangani,” katanya.

KHALID Abd Samad (berdiri lima kanan), Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Skyworld, Datuk Ng Thien Phing (berdiri lima kiri) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz (berdiri empat kanan) melawat kediaman Residensi Skyawani sebelum Majlis pelancaran dan penyerahan kunci RUMAWIP Residensi Skyawani, Sentul. – Foto Salhani Ibrahim

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan jalur gemilang dan suai kenal pengerusi-pengerusi persatuan penduduk Putrajaya di sini hari ini. Hadir sama Naib Presiden Kanan Perbadanan Putrajaya, Datuk Omairi Hashim.

Tambah Khalid, beliau yang sejak sebulan memegang jawatan sebagai menteri turut merasa impak positif daripada apa yang sudah berjaya kerajaan tangani justeru yakin semua janji yang dibuat akan terlaksana.

Terdahulu, beliau meminta komuniti Putrajaya dan rakyat Malaysia untuk menghayati semangat patriotisme terutama dalam bulan kemerdekaan ini.

Katanya, setakat ini persiapan menjelang sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Putrajaya berjalan lancar.

“Bagaimanapun, berikutan keadaan cuaca yang berjerebu ini kementerian akan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dari masa ke semasa tetapi kementerian ini tetap Menciptakan persiapan seperti yang dijadualkan,” katanya.

Khalid sebelum itu menyerahkan sebanyak 3,000 jalur gemilang kepada seramai 12 pengerusi persatuan penduduk Putrajaya.

Sementara itu, Bahagian Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya, dalam kenyataannya, memaklumkan ia sudah memasang 1,080 unit jalur gemilang di sekitar Putrajaya.

PH Tak abaikan janji

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *