1485829849_xia01_1485550935.jpg

Pilih percutian Perancis, Jepun

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Jika dihitung perjalanan karier pengacaraan dua wanita ini, mereka bukan semalam mengetuk pintu industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, kedua-dua pengacara yang kini mengendalikan program CJ WOW Shop Mandarin itu mempunyai portfolio pengacaraan yang sangat memberangsangkan Bila lebih sedekad merentas masa berkelana sebagai anak seni.

Penyampaian Pei Pei dan Natalie Ng mengacarakan program yang baru dilancarkan dalam bahasa Mandarin sejak 8 Januari lalu membuktikan keikhlasan dalam bekerja dan pengalaman yang dimiliki mencambahkan rezeki buat mereka.

Siapa sangka berbekalkan pengalaman selama 23 tahun dalam industri seni selain pernah berkhidmat di program rangkaian beli-belah dalam talian di sebuah stesen televisyen swasta selama setahun, banyak mengajarnya untuk mencantikkan lagi program terbabit.

“Ketika dilamar sebagai pengacara program ini, saya akui teruja kerana mahu membawa kelainan berbanding program sama yang dikendalikan dulu.

“Selama dua bulan di sini saya akui lebih menyukai persekitaran ini kerana bebas memberi idea selain dapat mencantikkan lagi program ini.

“Lagipun, berbekalkan pengalaman dimiliki, saya cuba membantu pihak produksi untuk memberi input baru dan berbincang untuk mengendalikan program ini dengan baik dan berkesan,” katanya.

Mahu rehatkan fikiran

Mengenai sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, wanita berusia 43 tahun itu berkata, dia mengambil kesempatan untuk bercuti di Paris selama dua minggu.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menjalani penggambaran program ini sejak dirakamkan pada Disember tahun lalu.

“Jadi saya ambil peluang ini untuk bercuti selama dua minggu di Paris bagi merehatkan fikiran dan berjumpa dengan beberapa teman rapat di sana,”katanya.

Sementara itu, pengacara jelita, Natalie Ng yang sudah hampir 12 tahun mencanai bakat dalam industri seni berkata, pengalaman mengacarakan program rangkaian beli-belah dalam talian Adalah satu pengalaman baru dan manis untuk diterokai.

“Saya dapati CJ WOW Shop ini sangat istimewa dan mencabar kerana sepanjang 12 tahun menjadi pengacara untuk rancangan hiburan, ini pengalaman pertama mengendalikan program rangkaian beli-belah dalam talian.

“Jujurnya saya perlu banyak belajar dan menggunakan produk sebelum dipasarkan kepada tontonan umum. Bagi saya, untuk meyakinkan keberkesanan dan kelebihan yang dimiliki setiap produk Tak mudah. Saya perlu merasai dan mempelajari teknik terlebih dahulu,” katanya yang turut menyambut perayaan Tahun Baru Cina di luar negara.

Memilih negara Jepun sebagai destinasi percutian selama seminggu bersama ibu tercinta, wanita berusia 33 tahun itu berkata, sudah menjadi kebiasaan setiap kali perayaan Tahun Baru Cina dia akan membawa ibunya bercuti.

“Saya memang jarang dapat bercuti dalam tempoh yang lama. Jadi satu-satunya cuti yang panjang Adalah ketika sambutan Tahun Baru Cina dan saya ambil peluang ini membawa ibu saya ke Jepun.

“Sebenarnya saya akan menyambut perayaan ini bersama Pakar keluarga pada malam raya. Ia Adalah acara wajib yang perlu diraikan.

“Sebenarnya setiap kali menjelang perayaan Tahun Baru Cina, rasa seronok itu sudah tiada kerana saya sudah menyambutnya terlebih dahulu dalam rakaman program atau merakamkan Gita perayaan ini. Jadi rasa itu sudah lain namun saya masih menyambutnya,” katanya.

Sementara itu, buat pembaca BLING! mereka ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan sempena perayaan ini CJ WOW Shop menawarkan potongan 10 peratus bagi barangan terpilih Bila membeli barangan itu di laman web rasmi CJ WOW SHOP. Tempoh promosi dijalankan sehingga 31 Januari ini.

Pilih percutian Perancis, Jepun

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *