RENCANA_cropped.transformed.jpg

PIPOA rencana hala tuju pendidikan Orang Asli

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PUTRAJAYA:Penubuhan Pusat Intelek Pelajar Orang Asli Cemerlang (PIPOA) terbukti berjaya meningkatkan mutu dan pencapaian pendidikan masyarakat Orang Asli seiring kemajuan lain yang kini mula dinikmati masyarakat itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perintis penubuhan PIPOA di Rompin, Pahang pada 2012 bukan sahaja menyediakan peluang pelajar memperoleh pendidikan lengkap, sebaliknya berjaya merencana hala tuju lebih jelas kepada mereka untuk meneruskan pengajian ke menara gading.

Bersandarkan kejayaan itu katanya, KKLW merancang menubuhkan dua lagi PIPOA baru  bagi membolehkan lebih ramai anak Orang Asli menikmati pendidikan berkesan.

“Setakat ini kita sudah ada satu iaitu di Rompin, Pahang dan dua lagi dalam perancangan untuk dibina mewakili zon utara di Perak dan zon selatan di Johor.

“Di Terengganu, kerja pembinaan sudah berjalan, kini di fasa akhir untuk siap. Kita jangka, pengambilan pelajar akan mula dibuka pada Jun 2018,” katanya selepas hadir Majlis Anugerah Pelajar cemerlang Orang Asli 2016 di kementeriannya di sini, semalam.

Pusat transformasi

Ismail berkata, pusat yang berperanan sama seperti  PIPOA itu akan dikenali sebagai Pusat Transformasi Putra Asli dan terletak di Kuala Terengganu. Terengganu.

PIPOA ditubuhkan bagi menempatkan pelajar Orang Asli cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), dengan tumpuan zon penubuhannya hanya diwujudkan di negeri yang dikenal pasti mempunyai bilangan ramai pelajar Orang Asli.

Terdahulu dalam ucapan ketika merasmikan majlis itu, beliau berkata, penubuhan PIPOA penting dalam usaha mengurangkan masalah keciciran pelajaran dalam kalangan masyarakat itu.

Beliau menjelaskan, biarpun kadar keciciran pelajar Orang Asli menurun iaitu 16.75 peratus tahun ini berbanding 27 peratus direkod pada 2012, namun ia masih di tahap membimbangkan dan memerlukan penyelesaian lebih jitu.

“JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) juga sudah mengatur pelbagai aktiviti dan program pendidikan bagi meningkatkan kesedaran dikalangan ibu bapa dan pelajar mengenai kepentingan pendidikan,” katanya.

Sejak 2010, KKLW dengan kerjasama Kementerian Pendidikan juga sudah mewujudkan Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) dari Tahun Satu Sampai Tingkatan Tiga di beberapa sekolah bagi mengatasi masalah keciciran ini.

Pencapaian pendidikan Orang Asli

*RM17.5 juta peruntukan disalur untuk pendidikan Orang Asli

*797 pelajar lanjut pengajian di UA

*72 pelajar diberi tajaan menuntut di luar negara

*94 sekolah rendah Orang Asli

*26,911 pelajar sekolah rendah

*14,023 pelajar sekolah menengah

PIPOA rencana hala tuju pendidikan Orang Asli

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *