FUGAVA26_BHfield_image_listing_featured.var_1585200705.jpg

PKP: FGV agih 13,000 beg bantuan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Berhad (FGV) mengagihkan 13,000 beg bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa Sampai 14 April ini.

Beg bantuan FGV itu mengandungi pelbagai barangan termasuk beras dan gula Prai sebagai bekalan makanan asas, selain pelbagai produk SAJI seperti minyak, garam gunung, mi segera, krimer pekat manis, krimer sejat cair dan sos cili.

Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan, berkata sumbangan itu menyasarkan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40), terutama yang terjejas akibat pemotongan gaji dan terpaksa bergantung kepada pendapatan harian.

Antara sumbangan barang makanan yang diagihkan kepada NGO terpilih. - Foto Ihsan FGV
Antara sumbangan barang makanan yang diagihkan kepada NGO terpilih. – Foto Ihsan FGV

“Kita memahami keperluan masyarakat khususnya yang berkeluarga untuk memastikan makanan sentiasa ada.

“FGV sebagai syarikat yang terbabit secara langsung dalam industri rantaian bekalan makanan, justeru tampil penyaluran bantuan ini kerana ia sangat dekat dengan kami malahan sumbangan ini sebahagian daripada usaha berterusan Kumpulan FGV untuk menyokong Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pengagihan Program Bantuan Makanan FGV kali pertama, membabitkan sebanyak 3,000 beg mula dilaksanakan semalam dan dihantar ke pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.

Ia antaranya merangkumi Pertubuhan Amal Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Bahagian Selangor, Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Bahagian Kapar, Selangor dan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS).

Haris berkata, peruntukan bantuan selebihnya akan diedarkan ke beberapa lokasi lain dan aktiviti berkenaan akan dilaksanakan secara kerjasama dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Semoga usaha ikhlas ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik,” katanya.

PKP: FGV agih 13,000 beg bantuan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail