bhterbalik8-o_BHfield_image_listing_featured.var_1586355643.jpg

PKP: Lori bawa bantuan keperluan asas terbalik

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KENINGAU: Lapan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) cedera selepas lori dinaiki yang membawa bantuan makanan terbabas lalu terbalik di Kampung Bariawa di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, semua anggota RELA yang cedera di kepala, mulut dan kaki itu menerima rawatan di Hospital Keningau.

Pengarah RELA Sabah, Mohd Pauzi Jhumat, berkata, lori berkenaan membawa muatan bungkusan berisi makanan keperluan asas untuk diagih kepada penduduk di sekitar Keningau Sampai Sook yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Katanya, empat lori RELA bertolak dari Pusat Pengumpulan Makanan di bangunan MUIS, Kota Kinabalu, kira-kira jam 1 tengah hari.

“Anggota RELA membantu membawa bekalan makanan disediakan Jabatan Kebajikan untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Anggota bomba memberi rawatan awal kepada anggota RELA yang cedera.
Anggota bomba memberi rawatan awal kepada anggota RELA yang cedera.

Lori yang turut membawa barang keperluan asas terbalik, lapan anggota RELA cedera.
Lori yang turut membawa barang keperluan asas terbalik, lapan anggota RELA cedera.

“Bila tiba di lokasi kejadian menaiki bukit, sebuah lori di hadapan dipercayai gagal dikawal lalu terbabas dan terbalik.

“Lapan anggota RELA yang menaiki lori berkenaan cedera dan dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, semua anggota RELA terbabit dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan dan pulang ke Kota Kinabalu.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, seramai 1,250 anggota RELA seluruh Sabah sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di lapangan bagi melakukan operasi sekatan jalan raya, rondaan dan di pusat kuarantin.

Anggota RELA yang membantu memunggah barang keperluan asas untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan Keningau Sampai ke Sook.
Anggota RELA yang membantu memunggah barang keperluan asas untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan Keningau Sampai ke Sook.

“Daripada jumlah itu, seramai 991 anggota RELA sudah digerakkan bagi membantu PDRM dan ATM di lapangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mudi Pengiran, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.26 petang, sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan sembilan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota bomba memberi rawatan awal kepada semua mangsa. Operasi tamat jam 6.44 petang,” katanya.

PKP: Lori bawa bantuan keperluan asas terbalik

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail