seludup8-o_BHfield_image_listing_featured.var_1586339514.jpg

PKP: Seludup petrol dan minyak masak ketika PKP

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merekodkan sebanyak empat kes penyeludupan membabitkan minyak petrol dan minyak masak sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, bagi mengekang aktiviti penyeludupan barang kawalan di sempadan Malaysia-Thailand, pihaknya menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain iaitu Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7).

Katanya, kes pertama pada 19 Mac lalu membabitkan rampasan minyak masak sebanyak 510 kilogram (kg) di dalam kereta jenis Proton Saga yang dianggarkan berjumlah RM1,275.

PEGAWAI Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan memeriksa meriksa wayar pam minyam serta tong plastik berisi minyak patrol di dalam kereta yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
PEGAWAI Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan memeriksa meriksa wayar pam minyam serta tong plastik berisi minyak patrol di dalam kereta yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

“Manakala bagi kes kedua pada 23 Mac membabitkan rampasan minyak petrol 35 tong (875 liter) bernilai RM1,260 yang dijumpai di dalam kenderaan Mitsubishi Pajero dan kes ketiga pula pada 28 Mac membabitkan Proton Saga dengan Aturan rampasan petrol tiga tong (15 liter) RM20.70.

“Kes yang terbaharu Adalah pada Sabtu lalu, di mana Batalion 7 PGA melakukan serbuan ke atas sebuah bot pancung di pangkalan haram Nik Mat Rantau Panjang, bagaimanapun kesemua suspek berjaya melarikan diri, namun pihak penguatkuasa berjaya merampas 12 tong petrol (300 liter) berjumlah RM312 di dalam sebuah bot pancung menjadikan nilai keseluruhan barangan rampasan berjumlah RM1,592.70.

“Hasil siasatan terhadap kes-kes penyeludupan petrol mendapati suspek turut mengggunakan kenderaan yang diubah suai dengan menambah tangki rahsia pada bahagian tapak kaki hadapan dan penumpang belakang dengan jumlah keseluruhan rampasan kenderaan bernilai RM20,500 yang digunakan dalam kegiatan penyeludupan itu disita pihaknya untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Stor Penyimpanan Eksibit KPDNHEP di Chicha Menyabung di sini, hari ini.

Azanizam berkata, siasatan ke atas keempat-empat kes berkenaan masih lagi dalam siasatan dan pihaknya kini sedang mengenalpasti dalang di sebalik sindiket penyeludupan ini

“Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana pemilikan barangan kawalan berjadual dalam syak dan Peraturan 3(1) Peratura-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana berurusan tanpa lesen yang sah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya dengan penurunan harga minyak yang diumumkan baru-baru ini turut mempengaruhi faktor penyeludupan yang berlaku sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

“Namun dengan kerjasama yang erat antara agensi-agensi sempadan yang sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan ianya diharap dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan, tetapi sekiranya ianya dapat dikesan tindakan tegas akan diambil termasuk hukuman denda dan tindakan lain.

“Bagaimanapun, penguatkuasaan yang lebih ketat dilakukan oleh agensi penguatkuasa termasuk PDRM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedikit menyukarkan aktiviti penyeludupan, walaupun Tak dinafikan masih ada yang berani cuba untuk membawa keluar hasil subsidi negara ke negara jiran,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • PKP: Seludup petrol dan minyak masak ketika PKP

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail