28pmhadirtok.transformed.jpg

PM, Adenan hadir Program Sejiwa Senada 2016 di Saratok

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SARATOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadiri Program Sejiwa Senada 2016 yang berlangsung di Dataran Saratok, di sini sebentar tadi.

Ketibaan Najib disambut Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang bersama lebih 30,000 rakyat berbilang bangsa dan etnik yang sebahagian besarnya penduduk dari beberapa bandar dan pekan berhampiran di wilayah tengah Sarawak.

Yang hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim.

Ia Adalah kunjungan pertama Najib ke Saratok yang juga sebahagian daripada program lawatan kerja beliau ke negeri ini, khusus bagi mendekati rakyat, terutama penduduk kawasan pedalaman dan luar bandar di Sarawak.

Program Sejiwa Senada 2016 Adalah sebahagian daripada pendekatan strategik dilaksanakan kerajaan negeri dalam usaha mendekati rakyat, terutama di peringkat akar umbi.

Selain agensi kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, program itu turut disertai pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) serta sektor swasta.

Malah, penganjurannya juga antara usaha meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

PM, Adenan hadir Program Sejiwa Senada 2016 di Saratok

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *