hishammichelle1.transformed.jpg

PM hantar delegasi khas ke Cox's Bazar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SUBANG: Malaysia terus membantu pelarian Rohingya di Bangladesh dengan menghantar 10 tan lagi bantuan kemanusiaan ke Cox’s Bazar melalui penerbangan tentera, hari ini.

Rombongan diketuai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor itu juga meninjau kesan hospital medan Malaysia di wilayah Ukhia di Cox’s Bazar, sejak Disember lalu.

Misi berkenaan disertai 57 wakil Pejabat Perdana Menteri, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tujuh petugas media dari pelbagai agensi tempatan.

Penghantaran delegasi yang turut disertai Duta Khas Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tan Sri Michelle Yeoh itu dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini.

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan wakil kedutaan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh.

HISHAMMUDDIN beramah mesra dengan Michelle Yeoh yang akan menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya dan Lawatan ke Hospital Medan Cox’s Bazar di TUDM Subang. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

Pesawat tentera Airbus A400M berlepas ke Chittagong pada jam 9 pagi tadi, dijangka tiba di destinasi dalam masa dua jam setengah. Ini misi kemanusiaan ketiga Malaysia ke Bangladesh.

Misi kemanusiaan kali ini turut mendapat sokongan Arab Saudi dan UAE yang akan memberi bantuan peralatan perubatan hospital medan Malaysia.

Operasi hospital medan itu diketuai Kementerian Kesihatan dengan sokongan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Luar Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysian Relief Agency (MRA), Islamic Medical Association Relief Team, Mercy Malaysia dan Humanity Heroes.

Pembinaan hospital medan dan penyediaan aset perubatan serta latihan teknikal kakitangan perubatan awam dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia.

Sehingga kini, pasukan perubatan Malaysia di hospital medan merawat lebih 3,768 pesakit.

Malaysia juga mengerahkan aset hospital medan dan peralatan perubatan bernilai RM18 juta dengan kos operasi keseluruhan sebanyak RM3.5 juta selama tiga bulan.

PM hantar delegasi khas ke Cox's Bazar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *