04kokjat.transformed.jpg

PM rasmi Karnival Skuad Sayang United di PD

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PORT DICKSON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka merasmikan Karnival Skuad Sayang United di Dataran Seri Kemang, Teluk Kemang di sini, Ahad ini.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Pesuruhjaya Kebangsaan Skuad Sayang, berkata perasmian karnival yang menghimpunkan lebih 7,000 Pakar skuad itu, akan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KETUA Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. – Foto Iqmal Haqim Rosman

“Karnival itu yang pertama kali dianjurkan sejak skuad ini dilancarkan pada tahun 2009, memberi peluang kepada Pakar dari seluruh negara beramah mesra sekali gus merapatkan hubungan sesama mereka.

“Acara dua hari ini akan menjadi platform bagi mereka meluaskan rangkaian kenalan dan berkongsi idea serta pengalaman untuk membolehkan skuad ini berfungsi dengan lebih berkesan pada masa depan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar.

Shahrizat berkata, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga penaung Skuad Sayang, akan mengiringi Najib pada majlis itu.

Karnival akan bermula pada jam 8.30 malam Sabtu ini, dengan acara Malam Mesra Skuad Sayang bagi memberi peluang kepada peserta untuk bersantai di tepi pantai.

PM rasmi Karnival Skuad Sayang United di PD

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *