WhatsApp_Image_2017-07-10_at_10.43.53_PM.jpeg.transformed.jpg

PM, TPM hadir rumah terbuka UMNO Selangor

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

NAJIB Razak (tengah) bersalaman bersama orang ramai ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri BN Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam. – Foto Muhammad Sulaiman

SHAH ALAM: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Noh Omar, malam ini, turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain pemimpin utama negara itu, turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor.

Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, bermula pada jam 5 petang itu turut dihadiri kira-kira 10,000 tetamu yang dihidangkan dengan pelbagai juadah, termasuk nasi minyak, rendang, lemang, laksa, buah-buahan dan kuih-muih tradisional.

Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan Seniman terkenal, Herman Tino serta nyanyian pelajar beberapa sekolah sekitar Selangor.

PM, TPM hadir rumah terbuka UMNO Selangor

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *