1484998515_najibunitry.transformed.jpg

PM ucap tahniah kepada Trump

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Program Detik-Detik Perpaduan (moments Of Unity) anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional di Konopi, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur .- Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengucapkan tahniah di atas pengisytiharan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45.

Perdana Menteri berkata, pengambilalihan kuasa oleh Trump berlaku dalam episod yang sungguh luar biasa kerana ia membuktikan mana-mana Pakar politik Tak boleh bersikap lepas tangan ke atas pengundi.

Beliau berkata, Trump disifatkan sebagai membawa suara rakyat AS yang sekian lama berasa seolah olah dipinggirkan, dan kini Adalah masa untuk membentuk dan menyusun semula pentadbiran negara itu.

Katanya, hubungan erat antara AS dan Malaysia berkembang dengan begitu pesat kepada satu kerjasama yang begitu komprehensif pada tahun 2014.

“Saya gembira untuk memulakan kerjasama dengan presiden Trump.

“Saya yakin, di bawah kepemimpinan kami berdua hubungan antara Amerika Syarikat dan Malaysia dapat diperkukuhkan, sekali gus menjadi rakan kongsi teguh demi keamanan dan kemakmuran di rantau ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Trump menang pada pilihan raya yang diadakan pada 9 November tahun lalu, menewaskan calon dari parti Demokrat, Hillary Clinton.

PM ucap tahniah kepada Trump

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *