WhatsApp_Image_2018-04-17_at_17.53.45.jpeg.transformed.jpg

PNB bina rumah mampu milik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PORT DICKSON: Permodalan Nasional Berhad (PNB) memacu pembangunan rumah mampu milik menerusi pembinaan 5,000 kediaman di negeri ini dan Selangor.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata 140 unit rumah teres setingkat dibina di Bagan Pinang, di sini bagi membolehkan golongan sasar memiliki kediaman.

Katanya, rumah berkonsepkan kediaman bertanah seluas 1,000 kaki persegi itu dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan dijual antara RM180,000 Sampai RM200,000.

“Pembinaan ini Adalah projek pertama di Bagan Pinang, selari matlamat kerajaan mahu menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat.

“Secara keseluruhan, sebanyak 5,000 unit rumah dibina termasuk di Pedas, Rembau dan Banting, Selangor dengan daerah ini menjadi projek perintis,” katanya pada majlis pelancaran projek PNB Value Homes di sini, hari ini.

Pelancaran disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Abdul Wahid berkata, projek dimajukan anak syarikat PNB iaitu PNB Value Homes Sdn Bhd itu akan dimulakan Jun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2020.

MENTERI Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan melawat rumah contoh milik PNB pada majlis perasmian pelancaran rumah mampu milik sulung PNB di Jalan Pinang,Bagan Pinang, Port Dickson. Turut hadir Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar (duduk dua kanan). – Foto Hazreen Mohamad

“Projek dibangunkan melalui sistem bangunan berindustri (IBR) memberi keutamaan kepada individu berusia 21 tahun ke atas, sudah berumah tangga dan berpendapatan isi rumah Tak lebih RM5,000.

“Ia berdekatan kemudahan awam seperti sekolah, klinik dan balai polis,” katanya.

Abdul Wahid berkata, PNB bukan sekadar institusi pelaburan tetapi turut berperanan membantu kerajaan menyediakan rumah mampu milik menerusi tanggungjawab sosial korporat.

“Rumah sendiri menjadi keperluan dan kesejahteraan rakyat. PNB berbesar hati kerana dapat memberi sokongan kepada inisiatif kerajaan membangunkan rumah mampu milik.

“Sejak diberi mandat sebagai Pengerusi Kumpulan (PNB), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan saja meminta saya memperbaharui profil syarikat dan kewangan malah menyediakan rumah mampu milik sebanyak yang boleh,” katanya.

Sementara itu, Mohamad memuji usaha PNB menyahut saranan kerajaan membina kediaman berkenaan.

Katanya, peningkatan harga rumah secara mendadak menjadi masalah besar kepada kerajaan dan pihak korporat perlu membantu menyediakan kediaman.

PNB bina rumah mampu milik

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *