bhfarid9-O_BHfield_image_listing_featured.var_1541739693.jpg

Polis akan panggil Farid Kamil isu suapan RM5 juta

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SHAH ALAM: Polis akan memanggil pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis mengaitkannya dengan dakwaan pernah disogok wang RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Farid akan dipanggil dalam masa terdekat bagi merekodkan keterangannya.

Menurutnya, polis menerima satu laporan di Balai Polis Kota Damansara semalam daripada seorang lelaki berusia 43 tahun yang menjadi wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

“Laporan itu mengatakan bahawa Farid sengaja mereka cerita untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri ketika itu (Datuk Seri Najib Razak).

“Malahn pengadu juga mengatakan jika dakwaan Farid itu benar, mengapa Tak melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika ditemui selepas program Media Talk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di pejabatnya di sini, hari ini.

KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat. – NSTP/Surianie Mohd Hanif

Fadzil berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan tohmahan atau Rekaan.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Youtube MyFokus Online ketika program Tv Al Hijrah jam 10 malam kelmarin, Farid mendakwa dirinya cuba dirasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Susulan itu, Lokman dipetik berkata, ia perlu disiasat segera oleh polis kerana Menciptakan dakwaan palsu selain mahu menghina Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Polis akan panggil Farid Kamil isu suapan RM5 juta

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *