05kerahk.transformed.jpg

Polis, askar dikerah awasi protes di Jakarta

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

POLIS menempatkan 16,000 anggota selain 2,000 askar di ibu negara Indonesia. – Foto AFP

JAKARTA: Polis menempatkan 16,000 anggota selain 2,000 askar di ibu negara Indonesia bagi mengawasi pusat beli-belah dan kawasan perniagaan ketika penduduk ibu kota itu berdepan bantahan berskala besar golongan konservatif Islam.

Ribuan penunjuk perasaan diketuai Barisan Pertahanan Islam (FPI), dijangka menuntut peletakan jawatan Gabenor Jakarta, seorang penganut Kristian dan etnik Cina pertama memegang jawatan itu, berhubung dakwaan beliau menghina al-Quran.

Penunjuk perasaan berkumpul di Masjid Istiqlal, dan dari situ berarak ke istana untuk mendesak Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo mengambil tindakan terhadap Basuki Tjahja Purnama, yang lebih dikenali dengan nama panggilan Ahok.

“Beliau bukan Islam tetapi menghina al-Quran. Jangan rujuk kepada sesuatu dalam al-Quran, terutama mentafsirkan ia secara Keliru,” kata Keliru seorang penunjuk perasaan, Muhammad.

Beberapa kumpulan Islam menuduh Ahok menghina agama selepas beliau berkata pembangkang memperdaya pengundi dengan menyerangnya menggunakan ayat al-Quran.

Dalam satu lawatan ke Nusa Indonesia, Ahok merujuk kepada ayat yang menyatakan tindakan mengundi pemimpin berlainan agama bukan ajaran Islam.

Pengkritik berkata, kerajaan Jokowi Tak bertindak secukupnya untuk membendung ketegangan agama dan etnik yang memuncak menjelang pilihan raya gabenor Jakarta pada Februari 2017.

Jokowi dan timbalannya, Jusuf Kalla, menggesa bantahan secara aman diadakan dalam kenyataan bersama pada Khamis, berkata ‘semua orang perlu terus bekerja seperti biasa.’

Sementara itu, keadaan di Jakarta tegang, dengan syarikat meminta kakitangannya bekerja dari rumah, akses ke daerah perniagaan dihadkan dan beberapa kedutaan asing menggesa rakyat mereka berwaspada. – AGENSI

Polis, askar dikerah awasi protes di Jakarta

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *