AP01466139_1.jpg.transformed_1.jpg

Polis awasi keselamatan keluarga Kim Jong-nam di Macau

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KIM Jong-nam. – Foto AP

MACAU: Sanak saudara Kim Jong-nam yang bimbang akan keselamatan mereka selepas abang pemimpin Korea Utara itu dibunuh di Malaysia, Isnin lalu, sudah diletakkan di bawah pengawasan polis Macau.

Sumber yang mengesahkan perkara itu, berkata walaupun punca kematian Jong-nam itu masih dalam siasatan, keluarga dan pihak berkuasa tempatan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan insiden itu.

Setiausaha Keselamatan Macau, Wong Sio Chak dalam kenyataannya berkata, beliau Tak akan mendedahkan sebarang maklumat mengenai kes itu atau langkah keselamatan yang sudah diambil untuk melindungi keluarga Jong-nam.

Bagaimanapun, katanya, pihak berkuasa sentiasa mengikuti dengan rapat sebarang perkembangan mengenai kes terbabit.

“Pihak berkuasa akan terus berusaha mengikut peruntukan sedia ada untuk melindungi keselamatan dan hak semua penduduk Macau, pelancong dan orang Macau yang berada di sini,” katanya.

Dalam tempoh beberapa hari lalu, ada laporan yang memetik sumber kerajaan Amerika Syarikat dan Korea Selatan bahawa ejen Korea Utara membunuh Jong-nam, tetapi ada pula yang berpendapat negara itu Tak mempunyai alasan untuk berbuat demikian.

Jong-nam yang berpindah ke Macau pada awal tahun 2000, terselamat dalam cubaan untuk membunuhnya pada 2012.

Isteri kedua, Jong-nam, Lee Hye-Kyong, anak lelakinya, Kim Han-sol, 21, dan anak perempuannya, Kim Sol-hui, dipercayai berusia 18 tahun, tinggal di bekas wilayah jajahan Portugis itu, manakala isteri pertama serta anak lelakinya, menetap di Beijing.

Sumber di Macau yang mengenali Hye-kyong, berkata:

“Beliau seorang yang ringkas, sentiasa bersemangat dan seorang yang berfikiran terbuka, tetapi kami Tak pernah bercakap mengenai Korea Utara”.

Kedua-dua anaknya, Han-sol dan Sol-hui yang menerima pendidikan di Bosnia dan Perancis, belajar di sebuah sekolah antarabangsa di Macau.

“Mereka menjalani hidup yang normal seperti kanak-kanak lain, sangat aktif dan menyertai pelbagai aktiviti. Ia Tak menunjukkan bahawa mereka sedang menyembunyikan diri atau sebaliknya.

“Malah, sehingga kini mereka sentiasa berada selamat ketika berada di Macau,” katanya.

Ketika masing-masing berusia 14 dan 10 tahun, Han-sol dan Sol-hui menyertai kumpulan agama Katolik selama empat tahun dan menyertai pelbagai aktiviti anjuran kumpulan itu.

“Kedua-duanya amat disenangi semua pihak tetapi sering mengelak daripada berkongsi maklumat mengenai diri mereka,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, walaupun Jong-nam dilaporkan kerap ke luar negara, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anaknya, malah sentiasa berada di sisi mereka Bila diperlukan. – The South China Morning Post

Polis awasi keselamatan keluarga Kim Jong-nam di Macau

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *