penampang29-o_BHfield_image_listing_featured.var_1585467899.jpg

Polis periksa Pasar Borong Sayur di Penampang

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

PENAMPANG: Polis Penampang hari ini melakukan pemeriksaan di Pasar Borong Sayur, di Jalan Penampang Bypass, di sini, selepas tular gambar terdapat ramai orang dan banyak kenderaan di kawasan pasar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata berikutan penularan gambar itu, sepasukan anggota polis bersama Majlis Daerah Penampang (MDP), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela diarahkan melakukan pemeriksaan.

“Saya sendiri menerima gambar berkenaan semalam yang mengatakan bahawa di sini (pasar borong sayur) terdapat ramai orang dan banyak kenderaan.

MOHD Haris memberi arahan supaya peniaga mematuhi arahan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. - NSTP/Juwan Riduan
MOHD Haris memberi arahan supaya peniaga mematuhi arahan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. – NSTP/Juwan Riduan

“Tetapi hasil daripada operasi yang kita jalankan pada hari ini, kita dapati kawasan ini luas, kenderaan banyak.. jadi pengunjung berpecah-pecah dan Tak menunjukkan satu keadaan yang berkumpul.

“Jadi allhamdulillah, pengunjung dan peniaga mematuhi arahan walaupun ada segelintir didapati Tak mematuhinya. Kita bagi amaran dan mereka mematuhinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan Ops COVID-19 di pasar borong sayur, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, hasil pemantauan dan pemeriksaan mendapati secara keseluruhannya pengunjung dan peniaga mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kerana yang datang hanya untuk membeli keperluan harian.

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • “Tetapi soal keselamatan kita tetap laksanakan dan didapati mereka sedar tanggungjawab menjaga keselamatan.

    “Contohnya, ketika tinjauan tadi ada yang mengambil jarak satu meter ketika berurus niaga seperti mana yang dikehendaki oleh kerajaan dan pihak pengurusan pasar berkenaan,” katanya.

    Sementara itu, Mohd Haris berkata, pelaksanaan PKP memasuki hari ke 12, mendapati peratus pematuhan PKP oleh masyarakat di daerah ini dan Putatan mencapai 95 peratus.

    Polis periksa Pasar Borong Sayur di Penampang

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail