totn.transformed.jpg

Pramugari dimalukan, kempen anti-AirAsia dilancar

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KETUA Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes. -Foto Ahmad Irham Mohd Noor

BANGKOK: Pengguna sosial media melancarkan kempen anti-AirAsia di Change.org, selepas seorang anak kapal penerbangan itu dipaksa ketuanya untuk sujud kepada seorang penumpang yang autisme.

Kempen yang dilancarkan minggu lalu itu bertujuan mendapat 39,500 nama, iaitu 100 kali lebih daripada bilangan penilaian pengembara terhadap AirAsia di laman web Skytrax, Airlinequality.com, sekali gus bagi menyingkirkan syarikat penerbangan itu dari anugerah Skytrax.

Skytrax Adalah sebuah syarikat perunding berpangkalan di Britain yang menguruskan sebuah laman web syarikat penerbangan dan penilaian serta kedudukan ranking lapangan terbang.

Dalam kejadian itu, ibu kepada penumpang orang kelainan upaya (OKU) terbabit, mengadu kru penerbangan berkenaan menghina anak perempuannya.

Berikutan kejadian itu, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes terbang ke Bangkok dan memohon maaf.

Rancangan beliau untuk berjumpa ibu bapa kru penerbangan itu di Hat Yai, Songkhla, Jumaat lalu untuk meminta maaf juga dibatalkan, selepas tawaran itu ditolak.

Atendan penerbangan itu mendakwa, beliau hanya bertanya kepada penumpang autisme itu apa yang Tak kena kerana dia kelihatan gelisah di dalam pesawat.

Beliau dilaporkan Tak tahu menahu mengenai status kesihatan penumpang berkenaan. – AGENSI

Pramugari dimalukan, kempen anti-AirAsia dilancar

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail