Carrier28129.jpg

'Princess Leia' Diserang Sakit Jantung Dalam Penerbangan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelakon Carrie Fisher yang popular menerusi watak sebagai Princess Leia dalam filem Star Wars berada dalam keadaan kritikal selepas diserang penyakit jantung pada Jumaat lalu.

Daily Mail melaporkan, Fisher, 60, tiba-tiba rebah ketika dalam penerbangan dari London ke Los Angeles sebelum pasukan perubatan yang turut berada dalam kapal terbang itu memberi bantuan pernafasan kepadanya.

Fisher dilaporkan berhenti bernafas selama 10 minit sebelum berjaya diselamatkan oleh paramedik.

Pelakon itu kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital sejurus penerbangan mendarat dan dia kini diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut.

Ketika kejadian, Fisher dalam perjalanan pulang ke Los Angeles selepas mempromosikan buku terbaharunya berjudul The Princess Diarist di London.

Dalam pada itu, United Airlines dalam satu kenyataan berkata, Fisher diserang penyakit jantung itu 15 minit sebelum kapal terbang mendarat dan pasukan paramedik Menyodorkan bantuan segera kepada pelakon itu.

Malah krew turut memaklumkan kepada terminal berhubungan kejadian itu dan pasukan perubatan dan ambulans bersedia di landasan untuk segera memindahkan Fisher ke hospital.

'Princess Leia' Diserang Sakit Jantung Dalam Penerbangan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *