serahbor.transformed.jpg

PRK Sungai Besar: Budiman kemuka borang pencalonan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

CALON Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi mengemukakan borang pencalonan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada jam 9.05 pagi di Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam.

SABAK BERNAM: Calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi mengemukakan borang pencalonan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada jam 9.05 pagi di Dewan Seri Bernam, di sini.

Pencalonan beliau dicadang oleh Datuk Masloro Abdullah sambil disokong Ng Boon Keong.

Terdahulu, beliau tiba di pusat penamaan calon berkenaan pada jam 8.30 pagi, diiringi kira-kira 1,000 penyokong dan juga beberapa pemimpin tertinggi BN.

Antara yang hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO; Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar; dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

PRK Sungai Besar: Budiman kemuka borang pencalonan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *