30skimumah.transformed.jpg

PRN-11: PM lancarkan skim pinjaman rumah panjang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandang Surat Kelulusan Skim Pinjaman Rumah Panjang kepada Ketua Masyarakat Kaum Kayan Daerah Maram Temenggong Elizabeth Ding pada majlis pelancaran Skim Pinjaman Rumah Panjang di Rumah Panjang Eda Beran Long Laput, hari ini. Turut hadir calon Barisan Nasional N77 Telang Usan Dennis Ngau (kanan).- Foto BERNAMA

BARAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Skim Pinjaman Rumah Panjang di Long Luput dan Long Loyang, di kawasan tengah Baram, petang ini.  

Najib yang mendapat gelaran ‘Amai Aya’ (bahasa Kayan iaitu Ketua Pemimpin Keluarga) daripada calon Barisan Nasional (BN) berkata, sejumlah RM50 juta diperuntukkan untuk skim itu di Sarawak, yang mana tiada kadar feadah dikenakan terhadap pinjaman itu. 

Berucap di hadapan lebih 3,000 penduduk dari etnik Kayan, beliau berkata, kos itu boleh digunakan membina rumah panjang baru atau menambah baik kediaman sedia ada. 

“Saya juga meluluskan pembinaan Dewan Masyarakat, sekolah rendah yang baru bagi Sekolah Rendah (Sk) Long Luput. Begitu juga dengan tapak rumah bagi pembinaan rumah panjang Long Luput,” katanya pada Majlis Pelancaran Skim Pinjaman Rumah Panjang di Long Laput, dekat pekan Long Lama. 

Beliau berkata, pengundi di Sarawak Tak seharusnya mengambil pendekatan jangka pendek untuk menilai calon. 

“Sebaliknya, kena fikirkan kesan jangka panjang bagi setiap keputusan yang dibuat hari ini,” katanya.

PRN-11: PM lancarkan skim pinjaman rumah panjang

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *