pesakitundi20-o_BHfield_image_listing_featured.var_1600602778.jpg

PRN Sabah: Sedia peruntukan khas asingkan pesakit COVID-19

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mempertimbangkan peruntukan alternatif bagi memastikan rakyat Sabah yang disahkan positif COVID-19 masih boleh mengundi melalui langkah pengasingan dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Noran Naqiah Hairi, berkata peruntukan itu boleh digunakan misalnya bagi membolehkan pesakit COVID-19 mengundi melalui undian pos.

“Memandangkan bilangan kes COVID-19 semakin meningkat di Sabah, proses mengundi harus dijalankan dengan SOP atau garis panduan yang lebih ketat daripada biasa.

“Ini amat penting bagi memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pengundi,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan UM, Prof Dr Noran Naqiah Hairi. - Foto fail NSTP
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan UM, Prof Dr Noran Naqiah Hairi. – Foto fail NSTP

Dr Noran Naqiah berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga digesa meneliti semua langkah yang boleh diambil serta cadangan untuk menambah baik proses mengundi kali ini.

Beliau berkata, kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan diri terutama penularan COVID- 19 di Sabah Adalah nyata.

“Antara cadangan lain yang harus diambil kira bagi melancarkan proses mengundi secara amnya Adalah dengan memastikan pengundian dijalankan secara berperingkat iaitu selama beberapa hari.

“Ini bagi memastikan masa yang diberikan lebih panjang, sekali gus pusat mengundi perlu ditutup lewat berbanding kebiasaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan, PRN Sabah kali ini perlu memfokuskan kepada proses pengundian yang lancar dan selamat khususnya Tak menjadi penyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

Akhbar BH hari ini melaporkan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menyarankan SPR menyediakan ruang dan SOP bagi pesakit COVID-19 mengundi pada PRN Sabah, Sabtu ini.

PRN Sabah: Sedia peruntukan khas asingkan pesakit COVID-19

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail