ldpchong20-o_BHfield_image_listing_featured.var_1600592215.jpg

PRN SABAH: Tolak pemimpin 'beli' pengundi

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KIMANIS: Rakyat Sabah perlu memilih pemimpin yang bukan hanya ‘aktif’ dalam tempoh dua minggu ketika berkempen pilihan raya sahaja, sebaliknya mengutamakan yang sentiasa turun padang membantu rakyat tanpa mengira masa.

Presiden Kehormat Parti Liberal Demokratik (LDP), Tan Sri Chong Kah Kiat berkata, pengundi perlu memilih calon yang menjaga kebajikan pengundi untuk tempoh lima tahun.

Beliau berkata, kini ada trend calon hanya dilihat ketika tempoh berkempen namun lesap selepas mandat diberikan rakyat.

“Pengundi perlu berubah dan memilih wakil rakyat yang ikhlas membantu rakyat sepanjang masa bukan hanya muncul ketika pilihan raya.

“Ada pemimpin yang turun kawasan untuk kempen namun selepas itu hilang dan hanya berada di Kota Kinabalu sehingga pengundi Tak dapat pembelaan sewajarnya,” katanya dalam Majlis Ceramah Perdana LDP di Kampung Tengah, Bongawan, hari ini.

Turut hadir, calon LDP bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Mohd Azree Abd Ghani.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, Bongawan perlu mempunyai seorang pemimpin tempatan yang mempunyai visi jangka panjang dan pembangunan yang memerlukan seorang pemimpin berwawasan dan tahu denyut nadi rakyat.

Malah, beliau juga menggesa pengundi di DUN itu memilih pemimpin anak tempatan kerana tahu apa yang diperlukan rakyat dan berjuang untuk merealisasikan hasrat rakyat.

“Golongan muda perlu tampil sebagai pemimpin baharu yang membawa perubahan besar dalam politik namun perlu tolak politik wang kerana ini akan merosakkan rasa hormat rakyat kepada pemimpin dan pemimpin kepada rakyat,” katanya.

PRN SABAH: Tolak pemimpin 'beli' pengundi

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail