zoolangkawi_BHfield_image_listing_featured.var_1589682791.jpg

Program haiwan angkat di THLL

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Ketiadaan pengunjung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di pusat pelancongan di seluruh

negara Tak dapat dielak dan memang perlu dilakukan untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Situasi itu juga memberi pelbagai impak kepada pemain industri berikutan terpaksa menutup operasi sementara.

Di Taman Hidupan Liar Langkawi (THLL), umpamanya pihak pengurusan perlu mencatu makanan ke atas haiwan peliharaan.

Keadaan itu mengakibatkan Sarip, nama panggilan bagi Rakun iaitu mamalia kecil dari Amerika Utara bersama lebih 150 spesies haiwan lain di zoo itu, hidup sukar.

Zoo itu yang beroperasi sejak Disember 2002 tiada pilihan untuk memastikan kelangsungan hidup haiwan itu.

BURUNG Macau di Taman Hidupan Liar Langkawi yang terpaksa dicatu makanan akibat PKP. (Foto/Hamzah Osman)
BURUNG Macau di Taman Hidupan Liar Langkawi yang terpaksa dicatu makanan akibat PKP. (Foto/Hamzah Osman)

Kos membeli makanan, rawatan kesihatan dan kebajikan haiwan di zoo itu bergantung 100 peratus kepada kutipan tiket masuk pengunjung.

Bagi mengelak keadaan menjadi kritikal dan haiwan di zoo itu lapar, pihak pengurusan mempelawa orang ramai dan syarikat menyertai program haiwan angkat.

Pengurus tamannya, Nur Hamzani Hamzah, berkata pihaknya memerlukan RM250,000 sebulan bagi menampung kos makanan haiwan dan membayar gaji pekerja.

“Simpanan kewangan sedia ada kini digunakan secara berhemah dan terpaksa mencatu makanan haiwan kepada sekali sehari, berbanding dua kali sebelum ini.

“Justeru, bagi menampung kos makanan dan perubatan haiwan, kami mempelawa orang ramai menyertai program haiwan angkat,” katanya ketika ditemui di sini.

ANTARA haiwan di LHTL. (Gambar/Hamzah Osman)
ANTARA haiwan di LHTL. (Gambar/Hamzah Osman)

Nur Hamzani berkata, selain bantuan kewangan, pihaknya turut menerima sumbangan seperti ikan, ayam, daging, sayur dan buah-buahan untuk makanan haiwan.

“Selain Sarip, burung Macaw dikenali Leman, Mahkota Dewa (Bobo), Merak (Pocky), Memerang (Asoka), Kakak Tua (Wendy) boleh dijadikan haiwan angkat.

“Selain itu, Helang Siput (Johnbo), Helang Merah (Mahawangsa), Kasawari (Wary), Serigala Sahara (Pumbaa) dan Ular Sawa Batik (Manja),” katanya.

Nur Hamzani berkata, sijil elektronik akan diberikan kepada penyumbang yang prihatin sebagai tanda penghargaan daripada pihak THLL.

“Biarpun berhadapan situasi sukar, kebajikan haiwan Tak pernah diabaikan, Bila sajian makanan dan rawatan haiwan sentiasa dipantau doktor veterinar.

“Malah, keseluruhan operasi taman dan kesihatan kakitangan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, seramai 50 kakitangan zoo itu diperiksa suhu badan dan dibekalkan topeng muka serta sarung tangan sebelum memulakan kerja.

“Malah, keseluruhan taman termasuk laluan pejalan kaki dan sangkar haiwan menjalani proses sanitasi nyah cemar setiap hari.

Beliau berkata, biarpun tiada pergerakan pengunjung keluar masuk sejak 18 Mac lalu, ia tetap dilakukan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di zoo ini,” katanya.

Pengurus Besarnya, Teoh Cheng Kung, berkata sebelum PKP zoo itu Adalah destinasi ‘mesti lawat’ kepada pelancong ke Langkawi.

“THLL Adalah satu produk pelancongan unik dan menarik serta sesuai untuk kunjungan dan dinikmati seisi keluarga yang berada dalam suasana bercuti.

“Di zoo ini, pengunjung berpeluang menyaksikan burung eksotik dan haiwan jarang ditemui bergerak bebas dalam sangkar yang berbumbung sepenuhnya.

Program menyembur cecair pembasmi kuman untuk pastikan kawasan sentiasa bersih. (Foto/Hamzah Osman)
Program menyembur cecair pembasmi kuman untuk pastikan kawasan sentiasa bersih. (Foto/Hamzah Osman)

“Berkonsepkan mesra alam, pengunjung boleh berinteraksi dengan haiwan liar yang dijinakkan oleh kakitangan kami yang terlatih,” katanya.

Beliau berkata, THLL turut diiktiraf oleh portal pelancongan TripAdvisor untuk Anugerah Kecemerlangan selama enam tahun berturut-turut sejak 2013.

“Kami turut menerima sijil Jaminan Kualiti Pelancongan Malaysia (MyTQA) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi tempoh 2018-2021.

“Sebelum PKP, zoo kami dikunjungi secara purata 400 pelawat sehari pada bukan musim puncak dan kira-kira 700 pada cuti sekolah serta perayaan,” katanya.

Beliau berkata, pengunjung cilik paling teruja kerana zoo lain mungkin Tak benarkan kanak-kanak memberi Santap kepada haiwan, tetapi THLL benarkan.

Program haiwan angkat di THLL

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail