16karnival1.transformed.jpg

Program Night Picnic@Town di Ipoh meriah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimi Abd Manaf (tiga dari kiri) dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man (empat dari kanan) turut bersantai bersama 1,000 pengunjung acara Night Picnic@Town sempena program Karnival Azam Bandar dan Seni Jalanan Urban Malaysia (MURAL) 2016 di Padang Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). – Foto Balqis Jazimah Zahari

IPOH: Kira-kira 1,000 pengunjung menyertai acara Night Picnic@Town sempena program Karnival Azam Bandar dan Seni Jalanan Urban Malaysia (MURAL) 2016 di Padang Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimi Abd Manaf dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man yang turut hadir, bersantai bersama pengunjung di tengah-tengah padang.

Program kali kedua anjuran KPKT itu dijayakan dengan kerjasama kerajaan Perak, MBI dan Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) berlangsung selama tiga hari bermula malam kelmarin.

Pelbagai program diadakan malam tadi, bermula dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, qasidah, persembahan nasyid dan sesi ceramah secara santai bersama PU Yeop, Ustaz Kekanda Azri, Da’i Elyas dan Fynn Jamal serta persembahan kumpulan muzik Al-Farabi.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang berkunjung ke 100 pameran yang disediakan membabitkan jualan baju, makanan, kraftangan dan spa.

Sementara itu, Penyelaras program, Datuk Hafidzah Hassan berkata, selepas program kali pertama di Johor Bahru, Johor program pada kali membabitkan penyertaan 100 peserta dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kita cuba menggabungkan elemen karnival jualan bersama program kesenian jalanan agar program lebih meriah dan Tak sunyi.

“Kita menyasarkan kunjungan seramai lebih 2,000 pengunjung setiap hari sepanjang program berlangsung selama beberapa hari ini,” katanya.

Beliau berkata, program hari ini akan dimeriahkan dengan pengisian acara ‘Busker Challenge’ dan orang ramai dialu-alukan hadir menonton.

Katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, dijangka merasmikan majlis pelancaran MURAL 2016 esok.

Program Night Picnic@Town di Ipoh meriah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *