danbgdu.transformed.jpg

Program terbaharu cari bintang dangdut

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelawak, Tauke Jambu dan kumpulan yang semakin mencipta nama di arena muzik, De Fam, ditampilkan sebagai gandingan unik mengacarakan program terbaharu, Dangdut Star. Program terbabit diterbitkan bukan sekadar untuk mengetengahkan bakat dalam muzik dangdut, sebaliknya mengembalikan semula kegemilangan Aliran berkenaan seperti pernah disaksikan lebih sedekad lalu. Program yang menampilkan sepuluh selebriti tempatan iaitu Rojer (Mohd Rozaidy Shukry), Fitri (Fitri Hiswady), Felix (Felix Agus), Zarith (Zarith Shuhada), Aishah (Siti Aishah), Wanie (Azmahirwani), Elda (Elda Susanty), Fiesha (Norerinafisha) dan Zizi (Nurfazalah) Akan bersiaran secara langsung bermula 27 April ini. Pengurus Saluran Astro Prima, Farah Zainul, berkata taruhan terbaharu menerusi program Dangdut Star sebagai testimoni dalam menawarkan program hiburan beraneka format, khusus untuk tontonan seisi keluarga. “Kami bukan saja ingin mencungkil bakat dan kebolehan penyanyi yang berpotensi untuk menjadi pelapis irama dangdut serta mengembalikan kegemilangannya menerusi platform disediakan, malah kami percaya ia mempunyai kelompok peminat tersendiri. “Menerusi kajian dilakukan, penonton cenderung terhadap program berkonsepkan realiti dan pertandingan, contohnya Akademi Fantasia, Gegar Vaganza, Ceria Popstar dan banyak lagi,” katanya ketika sidang media program Dangdut Star di Bistro Saloma, di sini. Pak Ngah atau nama sebenarnya Suhaimi Mohd Zain dan Mas Idayu pula dipilih sebagai juri tetap rancangan berkenaan. Kedua-duanya bertanggungjawab untuk menilai persembahan peserta berdasarkan kriteria ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu pula akan tersingkir. Juara Dangdut Star Akan membawa pulang wang tunai RM50,000, pakej percutian ke Sydey, Australia dan trofi. Naib juara pula akan memenangi wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Korea dan trofi. Manakala, pemenang ketiga membawa pulang RM15,000 dan percutian ke Bali, Indonesia serta trofi.

Program terbaharu cari bintang dangdut

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *