RAIS_YATIM.transformed_0.jpg

Pusat Kajian Dunia Melayu-Uthmaniah tumpu industri, teknologi halal

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TAN Sri Dr Rais Yatim. – Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Dunia Melayu-Uthmaniah yang dilancarkan baru-baru ini di Istanbul, Turki Akan mengetengahkan kajian dalam hal berkaitan industri dan teknologi halal.

Projek ulung yang dimeterai hasil usaha sama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan Universiti Fatih Sultan Mahmet Vakif (UFSMV) diperkuatkan atas dasar hubungan bilateral dan sejarah antara Malaysia-Turki yang wujud sejak sekian lama.

Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata 10 objektif utama digariskan untuk mewujudkan pusat itu dan ia antaranya merangkumi usaha sama akademik berkaitan sejarah, sosiobudaya, perjuangan mencipta idea dan bahan tamadun Islam kontemporari serta platform penyelesaian krisis identiti semasa.

Katanya, pusat ini akan beroperasi di Kampus UIAM Damansara, Kuala Lumpur dan di UFSMV, Istanbul, Turki.

“Ia akan menjadi hab antara dua negara dalam membantu menghasil dan menjalankan kajian secara menyeluruh serta terperinci berkenaan pengajian berkenaan, sekali gus menyaksikan pusat itu Akan melahirkan barisan tenaga pengajar pakar dalam pelbagai bidang.

“Kedua-dua universiti ini akan berusaha ke arah kecemerlangan penyelidikan ilmu. Penubuhan pusat kajian ini antara lain dapat mewujudkan tenaga pengajar berlatarbelakangkan disiplin penyelidikan dunia Islam mengambil kira landskap kehidupan ummah di Asia Barat, benua China, India dan wilayah lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Rais berkata, hasil perbincangan dengan Presiden Turki, Recep Tayiip Erdogan pada Jun tahun lalu, sudah tiba masanya imej Melayu di Asia Tenggara perlu disertai nilai dan amalan yang dikenali dunia diketengahkan di Eropah.

Beliau yang juga Penasihat Kerajaan Malaysia dalam Hal Ehwal Sosio Budaya berharap Turki sebagai negara maju dalam pengelolaan ekonomi di Eropah mampu memberi manfaat kepada Malaysia untuk bergerak maju ke hadapan seperti negara itu.

“Kita komited ke arah kecemerlangan penyelidikan ilmu di dalam semua bidang kemanusiaan Islam. Penekanan lebih khusus akan diberi merangkumi bidang ekonomi, perbankan dan kewangan Islam termasuk kesejagatan serta seni dunia Islam,” katanya yang dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Ketamadunan Islam dan Kebudayaan oleh Presiden UFSMV, Ismail Gercek.

Pusat Kajian Dunia Melayu-Uthmaniah tumpu industri, teknologi halal

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *