faisla.transformed.jpg

Putera Mahkota Khalid lawat MMMSL

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PUTERA Mahkota Khalid Faisal Abdul Aziz Al-Saud.

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) semalam menerima kunjungan Gabenor Kota Makkah, Putera Mahkota Khalid Faisal Abdul Aziz Al-Saud bagi memantau persiapan perkhidmatan tren Al Masheer Al Mugadassah Metro Southern Line (MMMSL) sempena musim haji tahun ini.

Prasarana dalam kenyataan hari ini menyebut Putera Mahkota Khalid serta delegasi diperkenalkan kepada 27 kapten tren warga tempatan yang menjalani latihan di Malaysia pada April lalu dan bersedia bersama 8,000 kakitangan MMMSL untuk mengendalikan perkhidmatan itu.

Turut serta dalam lawatan itu ialah pegawai rasmi kerajaan dan orang kenamaan Arab Saudi.

Ketibaan Putera Mahkota di stesen Arafah 1 disambut Ketua Pengarah Projek MMMSL, Masnizam Hisham.

Kenyataan itu menyebut rombongan diraja menaiki tren 12 gerabak dari stesen Arafah 1 ke stesen Mina 3 Jamrat dan dalam perjalanan itu rombongan delegasi turut diberi taklimat mengenai operasi dan penyelenggaraan MMMSL.

“Khidmat MMMSL beroperasi 24 jam pada musim haji dan proses penyelenggaraan berjalan sepanjang tahun. MMMSL akan memulakan operasi pada 7 September ini selama tujuh hari mengikut hari-hari rukun haji,” katanya.

Kunjungan diraja ke MMMSL Adalah sebahagian daripada lawatan menyeluruh mengenai persiapan di tempat suci di Makkah untuk musim haji yang akan datang.

Sepanjang lawatan itu, Putera Mahkota Khalid ditunjukkan pelbagai aspek persiapan seperti pengangkutan, pencahayaan dan penghawa dingin, penyelenggaraan, kemudahan tempat tinggal untuk jemaah, keselamatan, bekalan air, perkhidmatan perubatan dan kecemasan.

Putera Mahkota Khalid lawat MMMSL

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *