mannama.transformed.jpg

Putera Raja Arab Saudi Tak terkecuali dipotong gaji

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MANAMA: Keputusan Kabinet Arab Saudi untuk memotong gaji menteri 20 peratus turut dilanjutkan kepada gabenor dan timbalannya, termasuk putera raja.

Perunding Perundangan, Yahya Mohammad Al Shahrani, dipetik laman web berita Arab Saudi, Sabq sebagai berkatan keputusan memotong gaji itu membabitkan semua putera raja yang memegang jawatan menteri, termasuk menteri dalam negeri, pertahanan dan pengawal negara.

“Pemotongan 20 peratus juga membabitkan ketua sesetengah agensi kerajaan dan dekan universiti dengan jawatan menteri seperti ketua pendakwaan awam, siasatan, hak asasi manusia, promosi nilai murni dan pencegahan maksiat, antirasuah dan dekan Universiti Imam Mohammad Bin Saud,” katanya.

Shahrani menambah, pemotongan gaji itu turut terpakai kepada ketua sesetengah majlis perundangan dan hakim mahkamah tertinggi.

Isnin lalu, Arab Saudi mengumumkan pemotongan gaji sebanyak 20 peratus untuk menteri dan mereka yang memegang jawatan menteri serta 15 peratus untuk 150 anggota Majlis Syura, badan penasihat dilantik kerajaan. – AGENSI

Putera Raja Arab Saudi Tak terkecuali dipotong gaji

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *