PB3_153388915228129.jpg

Puteri Balqis kembali berlakon

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MESKIPUN disahkan menghidap barah pada awal Julai lalu, pelakon kanak-kanak Puteri Balqis Azizi, 11, teruja kembali ke set penggambaran, hari ini.

Ibunya, Norashikin Mohd Aziz mengesahkan pelakon itu sudah mendapat kekuatannya semula bagi meneruskan kerjaya lakonan.

“Balqis sangat rindu untuk kembali ke set, maklumlah itu jiwa dia kan. Kami Tak paksa Akan Tetapi dia sendiri yang nak dan kami ‘okay’ saja dengan keputusannya.

“Hari ini Adalah hari pertamanya kembali berlakon selepas kesihatan beransur pulih.

“Dia sebenarnya masih dalam proses rawatan lagi namun keadaannya sekarang semakin bertambah baik.

“Alhamdulillah, dia masih diberikan kekuatan dan semangat untuk kembali bekerja,” katanya.

Terdahulu, pelakon cilik itu berkongsi kegembiraannya kembali menjayakan penggambaran di Instagram untuk satu program TV.

“Rindunya ‘shooting’. Hari pertama penggambaran selepas lama berehat,” tulisnya.

Awal bulan Julai lalu, Norashikin mengesahkan Balqis menghidap barah selepas pelakon itu memuat naik gambarnya sedang memakai topeng muka di Instagram.

Puteri Balqis kembali berlakon

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *